Sunday, May 28, 2017

Part 2 | #ReviewSKB : Contest "Jom Review!"

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka





Assalamualaikum n Annyeong !

Fiuuu, first of all, sebelum kita mulakan, Cik Ct terlebih dulu nak ucapkan...

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1438 H



Haaa, uolls puasa tak? Kalau tak puasa, tak boleh raya ! Hahaha gursu² je...
Sebenarnya ada hal lain yang Ct nak sampaikan... Bersempena bulan puasa Ramadhan yang dah makin nak dekat ni jugaklah, Ct kena cepat-cepat kongsikan perkara ni kat uolls.. T_T (suka buat announcement last minute kat blog ! *that's so me!*)

Apa yang Cik Ct eager sangat nak bagi tahu adalah.........................................................

Tuesday, May 23, 2017

Part 1 | Antologi Cerpen Setulus Kasih Buatmu Akhirnya Berjaya Dibukukan !

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka



ANTOLOGI CERPEN SETULUS KASIH BUATMU | AKHIRNYA BERJAYA DIBUKUKAN !

Assalamualaikum n Annyeong ! ^^

Lama kan Ct tak post apa-apa di blog ni. Hehe, maaf ya buat yang menanti apa2 entri berkaitan cerita2 yang Ct tulis tapi tertangguh tu.. Tak ada sambungan lagi... Huhuu..

Alright, this is the time I would like to announce this ! ^^


Official cover of #AntologiSKB | Kaver kulit buku rasmi Antologi SKB

Lawa kan 'cover' buku antologi ni? Big thanks buat kakak novelis yang telah berjaya menghasilkan antologi ini dalam bentuk naskhah buku bercetak, iaitu Kak Afifah Yusof ; beliau turut dikenali dengan nama Nuriffa dalam beberapa karya novel2 beliau. Ok, next time insya-ALLAH jika ada kesempatan, Ct akan kongsikan pula novel-novel Kak Afi ya ^^

Sekarang berbalik kepada topik Antologi SKB~

Seperti tajuk di atas, akhirnya projek yang telah dirancang daripada tahun 2015 ni (kalau tak silap) berjaya dilaksanakan jua! Yeay!! Alhamdulillah, syukur sangat..! Berakhir sudah penantian suatu penyeksaan. Hehe.

Ini kaver lama di post yang pernah Ct share pada 2015 masa projek ini baru dirancang...
(Sekarang lain, penulis pun ada yang berubah ^^)



Ada Apa Dengan ...


Antologi Cerpen Setulus Kasih Buatmu ?


Tuesday, September 27, 2016

#EverySingleThing | Novelet RM10 Karya Fathi Fatim (Adra Adlina) Buat Sumbangan Amal kepada MAKNA

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka

Assalamualaikum, 
Greeting and annyeong ! ^^

Okay, bismillahirrahmaanirrahim... 
Entri ini adalah re-post entri daripada blog personal Ct ^_^

Harap y'allz sudi baca kalau korang nak info utk novelet & novel² best hasil penulisan novelis yg juga superb ! ;)

Ada tak yang kat sini...

Minat membaca karya penulisan kreatif? Pada masa yang sama korang suka terlibat dengan program bacaan yang membolehkan korang buat sumbangan amal?

Kalau ya, post ni memang untuk korang... Woahhh, kenapa pulak ni kan? Macam ni...

Tujuan Ct menulis entri ni adalah untuk mengetengahkan satu projek amal  yang ditulis dan dikendalikan oleh seorang penulis novel yang kini ingin dikenali sebagai Fathi Fatim. 

Projek amal yang Ct maksudkan pula adalah seperti berikut :-
(ni kes copy paste sahaja drpd malumat yg Kak Fathi bagi.. hehehe)



NAMA PROJEK : Every RM10
FORMAT : E-Book (Novelet)
JUDUL E-BOOK : Every Single Thing
HARGA : RM10 senaskhah
BIL. M/S : 136 mukasurat
TEMPOH PROJEK : 3 Oktober 2016 - 3 November 2016.

*Hasil jualan akan disalurkan sepenuhnya kepada Majlis Kanser Nasional(MAKNA).

Alright, yg di atas tu adalah serba sedikit maklumat tentang Projek Amal #EverySingleThing yang dikendalikan oleh cik novelis kita, Kak Fathi Fatim ini.

Novelet bernilai RM10 ini bakal dibuka untuk tempahan / penyerahan e-book, dijalankan selama sebulan. Ada 136 mukasurat. Novelet sebanyak tidak mukasuratnya ni cuma RM10???

And yupp, dana yang terkumpul daripada penjualan e-book novelet ini bakal sepenuhnya diserahkan kepada MAKNA, sebagaimana yang disebut di atas. 
-means that projek ini also berMAKNA for both of the writer and readers ^^-

Penulis a.k.a pengendali projek ini tidak akan mengambil keuntungan dari segi kewangan walau sesen pun, bersesuaian dengan objektif beliau mengadakan program ni..., Memberi kepuasaan membaca kepada readers beliau sambil beramal... 
*Objektif yang amat Ct salute! He he*

Okay, sebelum korang nak proceed membeli sesuatu hasil karya seseorang tu, mestilah korang nak tau dulu kan siapa pengkarya / tukang bikin di sebalik tabir karya tu...

Baiklah, jom kita kenal serba sedikit siapakah cik novelis di sebalik nama pena Fathi Fatim niii~



Serba sedikit mengenai novelis Fathi Fatim & hasil penulisan beliau 


- Mula dikenali sekitar 2009, ketika itu beliau adalah penulis di bawah rumah penerbitan Buku Prima. 
(kalau tak silap saya. Jika tersilap, maafkan saya ya Kak Fathi T_T)

- Semasa di bawah Buku Prima, beliau menggunakan nama pena Adra Adlina 

*antaranya itulah nama pena beliau yang paling diingati oleh peminat tegar novel waktu itu(mungkin juga hingga kini)... ada juga yang lain tapi saya tak pasti.. hehe


Image result for novel adra adlina

Image result for novel adra adlina

 Image result for novel adra adlina

Antara novel-novel beliau bersama Buku Prima S/B

- Selepas bersama Buku Prima, kini beliau adalah novelis bebas dan sudah beberapa kali menghasilkan novel bersama rumah penerbitan yang lain.


Judul Novel :
Kerna Engkau Nyawaku (KEN)
Salah satu novel hasil karya Fathi Fatim
-di bawah rumah penerbitan October S/B-

Novel paling latest Kak Fathi pulaaa....



- Novel terbaru beliau berjudul Sufi Indera baru diterbitkan sekitar tahun lalu, bertemakan thriller+psikik, kisah seorang barista yang  ada kuasa psikik, boleh mengimbau masa lampau seseorang / sesuatu dengan hanya menyentuh / berbalas pandangan ataupun hanya dengan memerlukan Sufi berada di tempat itu.
(Novel ini menarik habis!)






***

Okeylah, dah jauh Ct menyelekoh ni nampaknya. Hehehe, just teruja berkongsi beberapa novel hebat daripada penulis yang juga hebat ni... Ct ada follow group penulisan FB beliau, memang fiuuu superb, suka gaya penceritaan beliau yang santai tapi penggunaan perkataan yang power~ 

Ok, buat u'olls yang nak try dapatkan e-book novelet ni, bolehlah hubungi sendiri Kak Fathi di Facebook beliau.

Kut nak tanya dulu, bolehlah bertanya-tanya dulu macam mana cara yang tepat nak dapatkan novelet #EverySingleThing ni ataupun novel2 beliau yang lain^^

Hubungi Kak Fathi melalui.......


Facebook : Fathi Fatim

Sekian, itu sahaja... Sampai berjumpa lagi~

Jangan lupa borong e-book novelet ni ya~^^

Friday, January 1, 2016

Teaser Baru | Karya Baru Yang Bakal Menyusul...

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka

.:Random Teaser:.


"Kita kahwin?" soal si jejaka sambil dijongketkan sebelah keningnya.
Hana terkesima. Gilalah!
"Saya ni masih seorang pelajar. Pelajar di kolej matrikulasi pula tu. Undang-undang matrik, student mana boleh kahwin selagi bergelar pelajar sini," ujar Hana, bersungguh-sungguh. Hingga berkerut dahinya cuba menerangkan situasi sebenar.
Si jejaka di sebelah hanya mampu memuncungkan bibir. Terkulat-kulat dia membuang pandang ke arah wajah Hana.
Sebenarnya dia kaget melihatkan Hana bertegas begini. Nampak beria-ia sungguh gadis yang sudah mencuri hatinya ini memberikan penjelasan. Dah macam peguambela melontarkan hujah belaan. Serius habis!
Melihatkan Farizzul Aniq terkedu, Hana sedar, jejaka itu terkejut dengan cara penegasannya. Satu sisi yang jarang ditunjukkan kepada lelaki kacukan Melayu-Korea-Amerika ini. Dia tak sengaja, membalas dalam nada seakan merungut tadi.
Hana hela nafas sedalam yang boleh sebelum nafas dihembus, juga agak kasar. Situasi jadi sepi. Masing-masing melarikan pandangan, cuba menenangkan keadaan seketika. Aniq pandang ke arah kanan. HAna pula tertunduk, menyedari kekhilafan diri. Kedua-duanya cuba menyejukkan hati yang agak panas. Bukan hati je yang nak panas, muka pun panas. Padahal cuaca di sekitar kafe kolej ini amatlah redup.
Maklumlah, darah dah laju serbu ke muka. Kerana terlalu terkejut dengan situasi yang tak dapat diduga ini.
Hana angkat muka. Pandangannya dan Aniq yang duduk berhadapan dengannya ini bertembung.
Terkebil-kebil mereka berdua memandang satu sama lain. Kedua-duanya telan liur. Kasar.
"Kalau macam tu, kita tunang dulu?" Persoalan dari bibir merah jambu Farizzul Aniq menerjah gegendang telinga Hana.
Dikenyit matanya lalu mengangkat-angkat keningnya, sebelum senyuman berlesung pipit itu terukir di wajah jejaka kacukan ini.

"Tunang???"
Nurin Hana Rose melopong. Tergamam. Nak jawab apa?
★★★★★☆☆☆☆☆★★★★★☆☆☆☆☆


Psstttt.... agak2 cerita mana ek?
Korang rasa menarik tak?
Nama watak2 tu macam kenal ?
Huhuhu...


Ok lah, tak nak berteka-teki... tajuknya kat bawah ni haaa....

Monday, December 21, 2015

First Mini Giveaway by Tashira

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka

*STICKY POST*
Sehingga 07/01.2016
Klik banner ni untuk join~^^

Assalamualaikum n hai...

Jom join GA by Tashira ni...
Kali ni sekali lagi Ct join as sponsor... n jugak peserta mungkin? kikiki

Banyak hadiah menarik tau GA shira kali ni...

Sebelum tu, jom kita baca dulu syarat2 penyertaannya yg Ct copy paste dari blog Tashira^^...

Syarat-syarat penyertaan ;

Monday, October 12, 2015

7 CPUV Nuffnang Bergolek~

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka

Assalamualaikum n hai...

Hahaha. Lama dah tak bukak blog n membebel kat sini. Macam lama sangat kan... Seminggu lebih aje pun kan. Haha, tapi seminggu lebih tu pun agak menyeksakan jiwa raga bagi aku yang suka cuci2 mata n baca berita kat blog. Tapi nak buat macam mana, tengah terikat nak siapkan satu cerita yang sudah dilamar oleh publisher, jadi aku rehatlah kejap dari dunia blogging dan fokus pada manuskrip tu.... Doakan cerita aku tu publishernya terima n dimurahkan rezeki dapat terbit dan cetak dalam bentuk novel pulak yea~...^_^

Okay... Hahaha, dek dah terlalu lama aku tak blogging ni kan, tak sangka ada juga blogger yg sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini.. tak lupa yang Follow kat blog n google+ saya... 

maaf la dears semua... cheq xdapat nak check siapa yg follow direct dari Home blog sbb widget nya tak muncul bila cheq bukak kat browser Google Chrome ni... huhuu... jadi maafkan saya tak dpt nk view siapa anda...

Tapi dapat tangkap se dua, sis Zie Azi / Suzie , Atie,  Zara Nabilah , Nad , iliasya n ramai lagi... hehehe.. thanks semua...

Tapi yg bestnya... Even trafik agak merudum bila Ct tak dapat on seminggu ni, Nuffnang still bagi CPUV... Ahakkkkssss... Thanks NuffnangMY  ! ^^










N yg buat Ct makin happy bila Ct masih diberi peluang oleh Nuffnang untuk 7 CPUV lagi tu yang dah berjoget2 kat Earnings.. Alhamdulillah, rezeki bulan Oktober~^^

6 CPUV utk bulan 10, setakat ini~Ahhakkss. TQ Nuffnang~^^