Sunday, June 22, 2014

[CERPEN] Labiu, Mr. Taxi Driver Celupku~

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka

         

            “Zareen Imtiyaz Imani!!!”

            “Oiiii, mak nenek aku mau copot jantungku! Eiii aleyyy aleyyy, terperanjat eyyyy!!!”

            Novel di tanganku terlepas. Habis jatuh ke lantai novel yang baru kuhabis baca separuh itu. Sungguh!Aku terkejut sangat! Makhluk tuhan yang mana pulak jerit nama aku ni? Nak gugur jantung aku dengar jeritan bak halilintar membelah bumi ni.

“Astaghfirullahal ‘azim...” Mengucap panjang aku selepas ‘termelatah’ tadi. Aku menenangkan diri seketika. Kemudian dengan pantas aku menoleh ke belakang. Ingin melihat siapalah agaknya gerangan malaun yang buat aku hampir kena heart attack tadi ni.

Huh??? Huk aloh, minah ni yang bikin kecoh rupanya. Siot punya kawan. Aku pandang sekeliling pula. Segera aku tundukkan kepala bila tersedar akan sesuatu. Cover wehhh, cover kononnya ambil novel yang terjatuh kat bawah tadi. Hihihi. Mana tak malu woooo bila tengok beberapa orang kat meja sebelah dah tersengih macam kerang busuk tengok aku melatah macam mak nenek tadi. Siap kau satgi minah senget! Jatuhkan saham aku eyyy. Rasa macam nak balik bilik tukar pakai purdah je sekarang ni.

Gadis yang menjerit memanggil namaku tadi semakin dekat menghampiri mejaku. Mataku mencerlung memandang dia. Kegeraman aku kat dia ni masih menebal. Sesedap dia je jerit panggil nama aku kuat-kuat sampai orang sekeliling pun pandang aku lain macam.

Untuk makluman semua, walaupun gadis depan aku ni manis berbaju kurung dan bertudung litup, tapi minah ni senget sikit tau. Bukan senget kat muka ke apa, muka dia cukup sempurna kecomelannya. Tapi kat kepala dia ni yang senget, kena betulkan sikit wayar-wayar dalam kepala dia ni. Huahuahua, sedap sungguh aku kutuk kawan baik sendiri. Padahal aku pun dua kali lima je.

“Woi, minah senget. Kau ni. Malu aku weyh! Apasal kau  panggil nama aku macam nak gi perang je? Siap nama penuh bagai. Cuba lah behave sikit. Tak padan dengan gaya kau yang ayu jelita bagai ni. Habis jatuh saham aku tau tak? Uiii, malu giler aku weyh. Malu! Mana nak letak muka ni. Kat kepala lutut ke? Issshhh, impossible lah nak letak kat situ pulak kan.”

Dengan senyuman manis di bibirnya dan belum sempat aku nak habiskan bebelan ‘machine gun’ aku, dia sudah potong wa punya cakap maaa…

“Assalamu’alaikum, cik Zareen Imtiyaz Imani. Dahlah tak bagi salam kau terus nak ‘tembak’ aku ah? Wowowo… Stop dulu bebelanmu itu, mak cik. Takde ribut, takde hujan terus kau woi woi kan aku ek? Mana adabmu sebagai geng gadis muslimah brutal yang ayu?” Sekali lagi dia menyebut nama penuh aku. Aku rasa macam something fishy here bila dia asyik sebut nama penuh aku ni. Apakah?

Lalu, aku hanya tersenyum dan menjawab salam temanku ini. Baru nak serang dia, dia dah serang kita dulu eh. Cehhh, tak aci betul minachi ni. Okey, takpe takpe. Aku pun dah bersedia nak beri serangan balas. Huahuahua, ketawa jahat. Dalam hati je. Muka still cover cun.

“Ecece, reti pulak kau mention ke aku pasal manner. Yang hang pi duk teriak nama aku sampai semesta alam duk dengaq tu ade manner pulak?” Terkeluaq pulak dialek utara daripada mulut aku dengan tiba-tiba. Pelik. Padahal aku kan anak jati Johor. Ni pengaruh dah terbiasa berkawan dengan orang utara la ni. Hehe.

“Ayat macam nak gaduh pulak kau ni.” Kelihatan minachi sudah mahu bekeng(marah) dengan ‘tembakan’ aku tadi.

Padahal aku tak marah pun. Saje je gertak minachi sorang ni. Sebab geram! Huhuhu.Tapi aku tahu, dia faham aku bukannya seorang pemarah. Dia dah cukup arif yang aku memang jenis yang cakap agak lepas dan ganas, tapi hati aku ikhlas lagilah baik. Huahuahua, ‘masuk bakul golek-golek’ dah aku ni.

“Alahai, kau ni. Takkan sentap kot? Sorrylah, aku main gertak-gertak manja je. Macam tak biasa pulak kau ni kena sembur dengan aku. Hihihi.”

“Takpe, aku faham. Kau dimaafkan. Kau kan singa betina kat kampus ni. Faham sangat dah. Nasib akulah jadi kawan baik kau kat sini.”

“Woiii ayat, macam tak ikhlas je kawan dengan aku. Sesedap kau je kutuk aku depan-depan. Sentap lagi terobek sungguh hatiku. Dahlah satu kafe dah kenal nama aku kerana jeritan maut kau tadi. Huuuu, sedihnya kawan aku macam ni.” Pehhh, ayat dramatik sungguh aku ni.Aku menundukkan kepala, konon-konon merajuk. Agak-agak lakonan aku ni boleh menang anugerah pelakon terbaik macam Aaron Aziz kat ABPBH tu tak ek?

“Alah, sorrylah. Takkan kau pulak yang touching pulak kot. Yang jeritan maut tu, aku tak sangka pulak suara aku keluar oktaf dia tinggi gila tadi. Macamlah kau tak tau aku ni salah seorang penyanyi koir terkenal masa zaman sekolah rendah dulu. Huahaha.”

“Gelak-gelak?! Sekeh kang. Dahlah kau lambat dari waktu yang dijanjikan.” Aku sedang mengagak alas an apa yang akan aku terima sebentar lagi.