Sunday, June 22, 2014

[CERPEN] Labiu, Mr. Taxi Driver Celupku~

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka

         

            “Zareen Imtiyaz Imani!!!”

            “Oiiii, mak nenek aku mau copot jantungku! Eiii aleyyy aleyyy, terperanjat eyyyy!!!”

            Novel di tanganku terlepas. Habis jatuh ke lantai novel yang baru kuhabis baca separuh itu. Sungguh!Aku terkejut sangat! Makhluk tuhan yang mana pulak jerit nama aku ni? Nak gugur jantung aku dengar jeritan bak halilintar membelah bumi ni.

“Astaghfirullahal ‘azim...” Mengucap panjang aku selepas ‘termelatah’ tadi. Aku menenangkan diri seketika. Kemudian dengan pantas aku menoleh ke belakang. Ingin melihat siapalah agaknya gerangan malaun yang buat aku hampir kena heart attack tadi ni.

Huh??? Huk aloh, minah ni yang bikin kecoh rupanya. Siot punya kawan. Aku pandang sekeliling pula. Segera aku tundukkan kepala bila tersedar akan sesuatu. Cover wehhh, cover kononnya ambil novel yang terjatuh kat bawah tadi. Hihihi. Mana tak malu woooo bila tengok beberapa orang kat meja sebelah dah tersengih macam kerang busuk tengok aku melatah macam mak nenek tadi. Siap kau satgi minah senget! Jatuhkan saham aku eyyy. Rasa macam nak balik bilik tukar pakai purdah je sekarang ni.

Gadis yang menjerit memanggil namaku tadi semakin dekat menghampiri mejaku. Mataku mencerlung memandang dia. Kegeraman aku kat dia ni masih menebal. Sesedap dia je jerit panggil nama aku kuat-kuat sampai orang sekeliling pun pandang aku lain macam.

Untuk makluman semua, walaupun gadis depan aku ni manis berbaju kurung dan bertudung litup, tapi minah ni senget sikit tau. Bukan senget kat muka ke apa, muka dia cukup sempurna kecomelannya. Tapi kat kepala dia ni yang senget, kena betulkan sikit wayar-wayar dalam kepala dia ni. Huahuahua, sedap sungguh aku kutuk kawan baik sendiri. Padahal aku pun dua kali lima je.

“Woi, minah senget. Kau ni. Malu aku weyh! Apasal kau  panggil nama aku macam nak gi perang je? Siap nama penuh bagai. Cuba lah behave sikit. Tak padan dengan gaya kau yang ayu jelita bagai ni. Habis jatuh saham aku tau tak? Uiii, malu giler aku weyh. Malu! Mana nak letak muka ni. Kat kepala lutut ke? Issshhh, impossible lah nak letak kat situ pulak kan.”

Dengan senyuman manis di bibirnya dan belum sempat aku nak habiskan bebelan ‘machine gun’ aku, dia sudah potong wa punya cakap maaa…

“Assalamu’alaikum, cik Zareen Imtiyaz Imani. Dahlah tak bagi salam kau terus nak ‘tembak’ aku ah? Wowowo… Stop dulu bebelanmu itu, mak cik. Takde ribut, takde hujan terus kau woi woi kan aku ek? Mana adabmu sebagai geng gadis muslimah brutal yang ayu?” Sekali lagi dia menyebut nama penuh aku. Aku rasa macam something fishy here bila dia asyik sebut nama penuh aku ni. Apakah?

Lalu, aku hanya tersenyum dan menjawab salam temanku ini. Baru nak serang dia, dia dah serang kita dulu eh. Cehhh, tak aci betul minachi ni. Okey, takpe takpe. Aku pun dah bersedia nak beri serangan balas. Huahuahua, ketawa jahat. Dalam hati je. Muka still cover cun.

“Ecece, reti pulak kau mention ke aku pasal manner. Yang hang pi duk teriak nama aku sampai semesta alam duk dengaq tu ade manner pulak?” Terkeluaq pulak dialek utara daripada mulut aku dengan tiba-tiba. Pelik. Padahal aku kan anak jati Johor. Ni pengaruh dah terbiasa berkawan dengan orang utara la ni. Hehe.

“Ayat macam nak gaduh pulak kau ni.” Kelihatan minachi sudah mahu bekeng(marah) dengan ‘tembakan’ aku tadi.

Padahal aku tak marah pun. Saje je gertak minachi sorang ni. Sebab geram! Huhuhu.Tapi aku tahu, dia faham aku bukannya seorang pemarah. Dia dah cukup arif yang aku memang jenis yang cakap agak lepas dan ganas, tapi hati aku ikhlas lagilah baik. Huahuahua, ‘masuk bakul golek-golek’ dah aku ni.

“Alahai, kau ni. Takkan sentap kot? Sorrylah, aku main gertak-gertak manja je. Macam tak biasa pulak kau ni kena sembur dengan aku. Hihihi.”

“Takpe, aku faham. Kau dimaafkan. Kau kan singa betina kat kampus ni. Faham sangat dah. Nasib akulah jadi kawan baik kau kat sini.”

“Woiii ayat, macam tak ikhlas je kawan dengan aku. Sesedap kau je kutuk aku depan-depan. Sentap lagi terobek sungguh hatiku. Dahlah satu kafe dah kenal nama aku kerana jeritan maut kau tadi. Huuuu, sedihnya kawan aku macam ni.” Pehhh, ayat dramatik sungguh aku ni.Aku menundukkan kepala, konon-konon merajuk. Agak-agak lakonan aku ni boleh menang anugerah pelakon terbaik macam Aaron Aziz kat ABPBH tu tak ek?

“Alah, sorrylah. Takkan kau pulak yang touching pulak kot. Yang jeritan maut tu, aku tak sangka pulak suara aku keluar oktaf dia tinggi gila tadi. Macamlah kau tak tau aku ni salah seorang penyanyi koir terkenal masa zaman sekolah rendah dulu. Huahaha.”

“Gelak-gelak?! Sekeh kang. Dahlah kau lambat dari waktu yang dijanjikan.” Aku sedang mengagak alas an apa yang akan aku terima sebentar lagi.



“Alamak, aku betul-betul mintak maaf kat kau, Zareen. Aku sakit perut sangat tadi, tu yang aku gi ‘melabur’ dulu kat ‘amanah saham’ tadi.” Hurrmmmm, keluar dah dia punya alasan ‘amanah saham’ tu. Cover line le tu. Cakap sakit perut dah tu pergi buang air je kan senang. Berbasa-basi bagai pulak minah senget ni.

“Zareen…” suara minachi ni mulai meleret. Tiba-tiba. Seriau pulak aku dengar.

“Ohhh, Zareen Imtiyaz Imani…” Aku mengangkat muka. Membuang pandang ke arah wajah manis itu.

Ehhh, kejap. Apasal pulak minachi ni buat muka comel? Mata dia pandang aku ala mata kucing ‘Pussy’ dalam cerita gergasi ‘Shrek’ pulak dah aku tengok. Alahai,  faham dah aku. Ada lah ayat dia keluar satgi ni. Ni yang aku lemah ni.

“Ya, cik Zalikha Huzaimah. Ada apa-apa yang saya boleh bantu? Ni kalau dah pandang aku dengan tersengih-sengih macam kerang cukup masak mesti ada nak mintak tolong something dengan aku ni.”

“Kau dah tak marah kan?” Gadis yang merangkap sahabat baik aku yang mesra dipanggil Ika atau Minachika bertanya. Gelaran Minachika ini hak milik ciptaan Zareen Imtiyaz Imani je tau. Huahuahua. Tak boleh blah kan?

“Ehhh, mana kau tau? Kau guna nujum eh, Minachika?”Soalan sengal pulak yang aku ajukan kepada Ika. Terus Ika membulatkan matanya. Konon macam terkejut la tu. Childish sungguh cara kau, tu, kawan. Tapi terserlah kecomelan kau, Ika. Eiiii, ni yang aku tak jadi nak buat-buat marah ni.

“Mana ada guna nujum-nujum ni. Dosa tau tak?”

“Zareen…” Ehhh, betullah dia ni spesies kucing Pussy tu. Aku pulak yang rimas bila dia capai tangan aku dan medekatkan kepala dia kat bahu aku. Dah tu boleh pulak dia pandang aku dengan buat mata comel dia tu.

“Issshhh, budak ni ada jugak aku cepuk kang. Nak apa? Ce cita terus. Dahlah lambat ni. Duk gesel-gesel macam kucing miang pulak. Jadi ke tak nak keluar ni?”

“Hah, itulah yang aku nak bincangkan dengan kau. Aku jadi nak keluar.” Dia menepuk kuat meja batu itu. Terperanjat aku! Nasib baik tak melatah lagi. Eiii, nasib baik tak makan pelempang aku dia ni.

“Tapi..”

“Tapi apa pulak?” bikin saspens sungguh malaun Minachika ini.

“Aku rasa kita kena naik teksi lah. Izreen tak dapat ikut sebab pensyarah dia tiba-tiba buat kuiz mengejut. So, takde driver lah kita.” Bersusah-payah Ika cuba menjelaskan dengan tangan dia pun siap ada gesture sekali.



Aku hanya mengangguk. Inilah kelemahan kami. Tak tahu memandu walaupun umur dah 21 tahun. Maklumlah, belum mampu nak ambil lesen kereta lagi. Masing-masing takut nak pegang stereng kereta. Huahaha. Nak keluar pergi mana-mana memang selalu bergantung harap kat Izreena Darwisya, seorang lagi geng trio kami untuk menjadi ‘drebar terhormat’ kami. Huhu, sedih sungguh. Nasib baik Izreena sudi membantu, tapi pada jika ada situasi sebegini berlaku, tak daptlah kawannya itu menolong. Terpaksa naik teksilah jawabnya.

“Oh, aku okey je. Tambang macam biasa, separuh-separuh bayar. Ngeee.” Giliranku pula buat muka comel.

“Okey, set! Jom, kita pergi, budak comel.”

“Jom!”

***************************** 

            Setelah selesai membeli barang-barangan keperluan kami, aku pun mengesyorkan untuk terus pulang ke kampus memandangkan senja mulai bertandang. Zalikha Huzaimah a.k.a Minachika, sahabat kesayangan aku ini hanya bersetuju. Dia pun sudah kepenatan ke sana ke mari mencari bahan-bahan untuk dijadikan bantuan membuat tugasan yang diberikan pensyarahnya.

            Seperti biasa, kami pulang menaiki teksi yang tadinya Ika dah call awal-awal. Saat baru masuk je ke dalam perut teksi, aku amat terkejut! Bapak mudanya drebar teksi ni! Raut muka dia jangan cakaplah. Bersih suci kot. Macam ada nur di wajah dia. Terpancar cahaya keimanan gitu kata orang. Makin kelu lagi sedu aku bila abang drebar tu senyum ke aku. Abang ke? Tengok muka dia macam sebaya pun ada. Lama aku ternganga sebelum Ika tegur aku.

“Zareen!”

“Hah? Kenapa? Ada apa? Ada ribut taufan ke?” Aku baru tersedar kembali ke dunia nyata. Bertubi-tubi soalan mengarut keluar daripada mulut aku.

“Kau ni dah kenapa? Abang drebar tu tanya nak gi mana, kau pulak duk ternganga.” Ika dah jongket  kening. 

“Errr, sorry. Drebar teksi ni handsome sangatlah, Ika! Muka dia… Ada iras-iras Aden, penyanyi  EdCoustic tu!” Macam biasa, aku tak biasa dengan panggilan 'abang' kepada lelaki ajnabi dalam bicara nyata.

Alamak! Baru aku perasan. Aku dah terlepas cakap! Aku menepuk-nepuk mulutku. Macam mana boleh cakap kuat-kuat ni.Darah panas mula menyerbu muka. Malunya aku! Tengok gaya, macam drebar teksi tu dengar je apa yang aku cakap.

Tapi aku tak tipu! Muka dia sebijik tak tumpah wajah Allahyarham Aden, vokalis kumpulan nasyid Edcoustic feveret aku tu. Dengan janggut sejemput dia tu. Sebijik gila kot! Tapi drebar teksi ni lebih handsome lah. Sebab muka dia lebih muda. Huhuhu…

Encik drebar teksi yang masih tampak ketampannya walaupun berkaca mata itu hanya tersenyum melihatkan pengakuan dan kelakuan aku. Dia sempat berdehem sebelum suasana sepi seketika. Dia hanya bersikap selamba dan perjalanan pun dimulakan. Teksi yang dipandu encik pemandu tampan itu semakin laju membelah laluan jalanraya.

Ika pula mengusap-usap belakang aku, menepuk-nepuk bahu aku, konon memahami aku sedang malu tahap maksima saat ini. Tapi dari reaksi Ika, aku tahu, dia tengah nak tahan gelak. Sebab dia tutup mulut dia guna sebelah lagi tangan dia sambil menunduk, membuang pandang ke arah luar tingkap teksi. 



'Baik dalam kesengalan jugak Minachika ni,' gumamku dalam hati.


“Ika, kau dah bagitau kan nak gi mana?” Aku cuba memecahkan kesepian yang membekukan kepala otak ni.

“Dah.” Ika menjawab ringkas. Masih cuba menahan daripada tergelak.

“Okey.” Aku kembali senyap bila terdengar alunan azan Maghrib berkumandang dari corong radio.

Aku meraupkan tangan ke muka seusai membaca doa selepas alunan azan tamat. Sempat kukerling, encik drebar teksi pun melakukan perkara yang sama. Meraupkan mukanya menggunakan tangan kirinya. Tangan kanan dia masih memegang stereng. 


Hurmmm, entah kenapa hati aku berdetak kencang pula ni?


Aku terkejut bila mata kami bertaut di cermin sisi pandang belakang. Cepat-cepat aku menundukkan pandangan. Aku tidak mahu jatuh kepada tahap zina mata pula. Bahaya! Jantung aku semakin laju berdetak. 


Dup dap dup dap! Atau dalam bahasa biologinya, lup dup lup dup!



Ohhh, tidak!!!


“Errr, maaf cik adik berdua. Boleh tak kalau saya cadangkan kita berhenti solat di masjid depan tu dulu? Saya rasa macam tak elok pula nak lambat-lambatkan solat. Maghrib pun kejap aje kan. Lagipun kan ke elok dapat solat berjemaah. Lebih afdhal dan berlipat kali ganda pahala. Macam mana?”

“Eh, boleh je bang. Lagipun dah masuk waktu solat kan. Kami pun takut terlepas waktu solat aje kang kalau tunggu nak sampai ke hostel.” Hanya Ika yang menjawab soalan encik drebar teksi tu memandangkan mulutku masih terkunci. Sungguh aku tidak dapat berbicara kerana insiden yang memalukan tadi.

Teksi yang kami naiki mula memasuki perkarangan masjid. Sebelum aku dan Ika beredar ke tempat solat wanita, sempat lagi encik drebar teksi itu menghulurkan kad namanya kepadaku. Dia cakap, takut-takut nanti kami tak jumpa pula dia parking teksi di mana memandangkan drebar teksi itu menurunkan kami dahulu, baru pergi parking teksi dia. Takut benar jika kami yang perempuan ini akan lambat masuk ke dalam masjid, tukasnya lagi tadi.

Dari kejauhan, aku dapat lihat dari ekor mataku betapa jelas terpancar riak kerisauan di wajah pemandu teksi muda itu. Mungkin risau memikirkan jika kami bertiga akan terlambat untuk solat berjemaah. Sebelum kami memasuki ruang solat wanita sempat kulihat dia parkir teksi dan bergegas ke ruang solat lelaki. Entah mengapa, seakan ada daya tarikan di situ. Aku bagaikan terpukau dengan dia, pemandu teksi tampan ala-ala soleh itu.

Sesudah imam membaca doa, aku dan Ika bergegas melipat dan menyusun telekung yang telah kami guna dan turun ke tingkat bawah. Aku lihat encik drebar teksi sedang menyarungkan stoking sebelum memakai kasut. Sementara aku dan Minachika menunggu dia, aku melihat kad nama dia tadi. Nama encik drebar teksi muda ni panjang juga. Syaqif Hafizuddin. Sedap nama, seindah wajah. Wajah encik drebar yang terpamer di kad nama itu pun hampir menggugat iman aku. 


Astaghfirullah al ‘azim…


Segera Encik Syaqif ni bergegas ke arah kami setelah ternampak kami yang sedang menunggu dirinya. Kopiah putih yang kemas terletak di kepalanya dilucutkan lalu disimpan di dalam poket kemeja putihnya itu. Dia tersenyum menampakkan barisan giginya yang kemas tersusun. Alamak, ni yang aku lemah ni! Dalam hati aku tak lepas berdoa.

‘Ya ALLAH, kuatkanlah hati dan iman hamba-MU yang lemah ini! Janganlah dia senyum lama sangat. Aku tak nak cair lagi melting begini.’

Segera aku kalih pandanganku, memandang kubah masjid yang unik itu. Tiba-tiba aku dengar bunyi yang amat aku kenali.

Krrukkk… Krruuukkk…

Ehhh, dengar macam bunyi perut orang laparlah. Aku pandang Ika dan encik drebar teksi itu. Diorang pun pandang aku balik. Diorang ni, buat muka terkejut pulak. Huk aloh, tak pernah tengok orang kelaparan ke? Aku tersengih. Malu!

Perutku rupanya yang berbunyi. Baru aku teringat, dari tengah hari masa aku keluar tadi, aku cuma telan ‘Kaya Ball’ yang 8 biji RM2 tu dengan secawan air Milo ais je. Patutlah lapar mencucuk-cucuk sangat sekarang ni.

“Kau lapar ke, Zareen?”

Eiii, Minachika ni, dah gaharu, cendana pula. Cubalah cover aku sikit. Ni kuat pulak suara dia tanya. Aku hanya menganggukkan kepala. Takkan nak cakap tak pulak. Dah terang lagi bersuluh kan. Malu gila wooooh. Sekali lagi darah serbu naik ke muka. Habis merah hidung aku. Pipi aku jangan cakaplah, dah macam pakai blusher kot.

“Kita pergi makan dulu?” Tiba-tiba encik drebar teksi ni bertanya.

“Eh, takpelah, nanti mahal pulak caj tambang teksi kalau encik bawa kami pergi makan.” Aku menjawab selamba. Cuba mengelak.


Entah daripada mana tiba-tiba muncul pula keberanian aku nak bercakap dengan dia yang menggoyahkan keimanan aku ni. Tapi aku memang sensitif sikit pasal bab duit tambang ni. Aku bukan anak orang senang. Duit PTPTN yang aku guna untuk sambung belajar ni pun kena fikir banyak kali kalau nak guna. Bukan senang tau nak bayar balik pinjaman ni bila dah kerja nanti. Ni duit pinjaman, mana boleh buat sesuka hati. Buatnya aku dapat kerja bergaji, bolehlah aku bayar sendiri. Nanti kalau dah kerja jadi seorang isteri tanpa gaji, tak ke naya kan?

“Isshh, kau ni, jomlah kita gi makan. Kau tu dahlah ada gastrik, mana boleh leka bab makan-makan ni. Karang jadi teruk lagi macam hari tu macam mana?”

Alamak, Minachika ni pecah rahsia gastrik aku pulak. Macam mintak simpati pulak gayanya. Encik drebar teksi memandang aku dengan reaksi terkejut kemudian kerisauan. Aku pulak boleh buat muka gaya blur. Apakah? Tak pernah dengar orang kena gastrik ka?

“Takpe, saya belanja kali ni. Both of the taxi fares and the dinner treats. So, how?

Fuiyyyoooo, encik drebar teksi ni spikang English lah. Terpegun aku seketika. Pandai jugak encik drebar teksi hensem ni. Kaya pulak dia ni ek nak belanja kami semuanya. Awalnya, memang aku rasa tak selesa. Tapi…

Hihi, orang dulu-dulu pesan, rezeki jangan ditolak. Aku pandang Ika, Ika pandang aku. Kami tersenyum memandang satu sama lain. Jadi, apa lagi…

“Kami setuju!” Serentak aku dan Minachika menjawab. Nampak materialistik kah kami? Alahai, mohon tolak ketepi dulu semua tanggapan itu. Yang penting, perut kami yang kosong harus diisi dulu. Dah orang nak belanja kan, kami terima saja. Bukannya kami yang meminta-minta. Tapi dalam hatiku sudah berniat, walau bagaimana sekalipun, aku akan bayar juga tambang teksi itu nanti. Kesian encik drebar teksi itu, takkan dia nak bayar semua. Pokailah dia nanti. Tak mahulah terlalu menyusahkan orang lain pula kan. Tak baik namanya tu.

*******************

Akhirnya kami pun selesai menjamu selera malam itu. Segala kos perbelanjaan makan dan minum kami ditanggung oleh Encik Syaqif Hafizuddin, pemandu teksi yang tenang lagi mendamaikan wajahnya ini. Alhamdulillah tak sudah, suka betul aku dan Ika bila ada orang belanja ni. Bukan kat gerai biasa yang kat tepi-tepi jalan kot dia belanja, tapi kat restoran mamak yang ada prepare dining table malam-malam gini. Kopaklah poket Encik Syaqif ni. Isshhh, kesiannn. Aku dah berkeras nak makan kat gerai biasa, tapi dia lagi berkeras nak makan kat situ jugak. So, aku ikut ajelah.

Selepas sesi perkenalan wa ta’aruf masa makan tadi, drebar teksi hensem ni suruh kami panggil dia Syaqif je. Dia cakap dia memandu teksi ni part-time untuk tampung sara hidup seharian dia yang sedang belajar. Dia mahu mencari duit poket sendiri, tidak mahu terlalu bergantung harap kepada orang tuanya dalam soal pembiayaan pendidikannya memandangkan dia pun sudah dewasa. Umur dia pun sudah 23 tahun. Hurmmm, tua setahun dua je rupanya daripada aku. Sebagai seorang anak lelaki yang masih kuat lagi berdaya, takkan nak menyusahkan orang tua untuk urusan duit poket bulanan, katanya. Wah, makin aku tabik kat dia ni!

Selesai sahaja proses pembayaran di kaunter restoran, kami bertiga bergegas ke teksi Syaqif. Sejenak, aku berhenti seketika. Ika memandang aku dan bertanyakan kenapa. Sekali lagi, aku menebalkan muka menyatakan niat aku yang sebenar.

Toilet! Hehe.” Sepatah itu sahaja aku menjawab sebelum berlalu pergi.

Sepantas kilat aku berpatah balik ke restoran mamak itu semata-mata kerana ‘urusan’ itu. Selesai urusan, aku pun bergegas semula ke teksi. Tak manis pula nak tinggalkan Ika dan Encik Syaqif itu berdua lama-lama.

Dari seberang jalan, aku nampak encik drebar teksi sedang bersandar di luar teksinya di bahagian pintu pemandu. Dia sedang menanggalkan cermin matanya dan menggosok-gosokkan matanya. Alamak, tampannya dia tanpa berkaca mata! Manakala Ika pula berada tidak jauh dari situ, sedang khusyuk melayan keletah seorang bayi perempuan comel-lote yang didukung ibunya. Baru sahaja aku ingin melintas jalan menuju ke teksi milik si pemandu tampan itu, aku dikejutkan dengan satu jeritan. Aku memandang ke belakang. Ahhh, sudah…


“Tolong! Tolong! Peragut!!!” Jeritan itu datang daripada seorang wanita yang sudah terduduk di tepi jalan, tidak jauh daripada tempat aku berdiri.

Molek pulak peragut ini lari depan mata aku. Melepasi aku. Aku pun apa lagi. Nasib baik aku pakai kasut sukan dan seluar track suit hari ni. Memang silaplah peragut weyyy, aku jaguh acara lari pecut perempuan masa sekolah dulu. Kau memang sengaja cari nahas dengan aku malam ni, peragut!

Tidak sampai beberapa minit adegan kejar-mengejar, akhirnya dapat aku pintas mamat peragut sengal ni di bahagian tepi bangunan yang tidak ramai orang. Beberapa serangan peragut itu dapat aku patahkan, berkat aku aktif belajar silat daripada zaman matrik hingga ke universiti sekarang ini. Alhamdulillah, tak sia-sia aku belajar silat sampai tahap nak patah riuk tulang-belulang aku dulu.

Pappp!


Aku cuba patahkan sendi bawah lutut kanan peragut itu. Berjaya! Aku cuba patahkan bahagian sebelah kiri pula. Entah bagaimana peragut itu dapat mengelak. Dia lekas bangun dan cuba menyerang aku kembali. Aku tangkas elak tumbukan dia menggunakan teknik kilas, aku kunci tangan dia, kemudian sekuat tenaga aku tumbuk bahagian rusuk kanan dan kusepak lutut mamat peragut sengal ni. Terus terduduk dia. Amek kau! Geram betul aku dengan perosak lagi penyusah masyarakat ni!

“Zareen Imtiyaz Imani!” Kedengaran suara Syaqif memanggil aku. Apasallah ramai sangat yang suka panggil nama penuh aku hari ni?

Aku menoleh ke belakang. Syaqif dah ternganga. Alahai, jangan nak ternganga sangatlah encik drebar teksi oi. Takkan tak pernah tengok orang kerjakan peragut kot?


Baru sahaja aku berpaling semula untuk ‘menghabiskan’ mamat peragut ni, ada sesuatu yang perit terasa di bahagian kiri perut aku. Ya ALLAH, pedihnya!

“Zareen!” Laju Syaqif menuju ke arahku. Dia cukup terkejut dengan apa yang terjadi padaku. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Aku pun turut tergamam. Pedihnya rasa. Macam nak menangis!

Aku lihat cecair bewarna merah sudah membasahi baju kemeja-T labuh aku. Patutlah pedih! Mangkuk ayun punya peragut, berani kau tikam aku? 


Arrrggghhh, pedihnya mak!!! First time kot aku kena tikam macam ni, begini rupanya rasa sakit dia. Tengok pemegang pisau, macam pisau Rambo je ni. Jadi, tajamlah weyyy pisau ni! Kau memang cari nahas wooo peragut alias penikam perutku. Tiada maaf bagimu. Sungguh!


Dapat kulihat Syaqif Hafizuddin ‘menghabiskan’ peragut ini dengan penuh rasa geram sehingga lunyai peragut itu, sebelum orang ramai membantu melunyaikan lagi peragut itu. Terer silat jugak rupanya encik drebar teksi kacak ni. 


Aku sudah tersandar di dinding bangunan. Menahan perit yang maha sakit!

Lututku berasa semakin lemah. Aku tak berdaya nak menahan rasa sakit ini lagi. Aku pun hanya membiarkan diri aku jatuh.

“Zareen!!!”

Belum sempat aku rebah menyembah bumi, dapat aku rasakan ada tangan yang menyambut tubuhku. Dalam pandangan berbalam-balam, dapat kulihat riak kerisauan di wajah suci bersih Syaqif Hafizuddin. Dicempungnya tubuh kecilku menuju ke teksi miliknya. Aku sudah terkulai layu di dalam tangan sasa itu.

“Zareen, don’t sleep, okay. Please, wake up! Stay awake!” Ehhh, mamat hensem ni spikang lagi ke? Aku dah mula mamai kot. Sakit sangat! Rasa macam nak terputus nafas tahan sakit ni.

Ika yang terkejut melihat keadaan kami berdua yang dilumuri darah sudah meraung memanggil namaku. Syaqif menyuruh Ika memangku kepalaku di tempat duduk belakang teksinya. Tidak lupa Syaqif mengingatkan Ika supaya menahan luka di perutku menggunakan kain yang terdapat dalam teksinya bagi mengurangkan pendarahan.  Pantas dia memandu ke arah hospital. Mujur hospital terletak tidak jauh daripada tempat kami itu.

Dalam perjalanan, aku cuba mengucap dua kalimah syahadah. Aku tak tipu pasal rasa sakit itu. Ya ampun, rasanya macam nyawa itu bagaikan telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja telur iu boleh jatuh, nyawa aku pulak terbang melayang. 


Entah-entah malaikat maut dah kat sebelah aku nak tarik nyawa aku tak?

'Ya ALLAHU, ya RABBI, ampunilah segala dosa dan salah silapku jika ini merupakan nafas terakhir yang dapat kuhirup di bumi-MU ini.Mak, babah, ampunkan dan halalkan makan minum Zareen selama 21 tahun ni ya. Ehhh, kejap. Aku dah solat Isyak ke belum ni ek? Ya ALLAH, apa nak jadi kalau aku mati dalam keadaan belum bersolat? Aku dah tergolong dalam manusia yang alpa. Dapatkah aku digolongkan dalam kalangan wanita solehah dan orang yang beriman jika aku mati nanti? Dapatkah aku digolongkan dalam bidadari-bidadarimu di syurga nanti? Jika solatku pun masih belum sempurna, bagaimana?'

Air mata bergenang, memenuhi tubir mataku. Aku menangis sepuas-puasnya. Bukan lagi kerana kesakitan, tapi kerana takut jika aku mati dalam keadaan belum bersolat. Bagaimanalah nasibku di sana nanti? Azabnya pasti lebih perit daripada tikaman yang aku dapat ini. Aku semakin lemah. Pandanganku yang tadinya dipenuhi air mata semakin kelam. 


Kelam, kelam, dan akhirnya gelap... 



Sepekat gelapnya langit malam itu.

“Zareen, bangun Reen! Kita dah nak sampai ni.” Ika semakin kuat mengongoi melihatkan aku yang sudah tidak sedarkan diri.

Keep her stay awake, Zalikha!” Syaqif pula bersuara. Cemas sungguh dia!

She already closed her eyes, Syaqif! Hurry up!

Suara Ika dan Syaqif tak dapat lagi kudengari…

*****************************
   
         Mata kubuka perlahan-lahan. Peningnya kepala, lenguhnya badan yang aku rasakan sekarang ni. Kat mana aku sekarang ni? Hidup lagi ke dah mati ni? Melihatkan siling di atas kepala yang bercorak mendamaikan mata, rasa macam hidup lagi je ni. Kupandang ke sebelah kananku, ada sekujur tubuh insan yang amat aku rindui sedang tertidur. Mak!!! Rindunya mak!

            Tangan mak menggenggam erat tanganku. Dapat aku rasakan hangatnya tangan emak. Aku menggerakkan jari-jemari aku, kemudian cuba bersuara memanggil mak. Tapi, suaraku lemah. Perutku masih berasa perih. Baru aku ingin bersuara sekali lagi, ada suara yang menyapa gegendang telinga aku.

            “Zareen, awak dah sedar?” Lembut sahaja suaranya tetapi dapat kukesan kendurnya nada suara itu. Tanda kerisauan dan keletihan. Aku mencari-cari pemilik suara itu. 

Syaqif Hafizuddin??? 

Dia tersenyum tawar memandangku. Aku pula hanya memandang dia. Aku cuba mengukir senyuman di bibir pucatku. Pandangan kami bertaut. Daripadaanak  matanya, dapat kubaca, dia sedang menahan tangis. Seakan merisaukan aku.

            ‘Syukur awak dah sedar, Zareen. Syukur, Alhamdulillah. Saya minta maaf atas apa yang dah terjadi kepada awak!’

            ‘Awak tak salah, Syaqif. Apa yang terjadi memang dah taqdir yang ditentukan untuk saya. Saya redha.’

            ‘Tapi, saya masih rasa bersalah. Saya benar-benar minta maaf dengan awak, Zareen Imtiyaz Imani!’

            ‘Saya maafkan. Walaupun bukan salah awak, Syaqif Hafizuddin. Dah, tak perlu risau atau sedih-sedih lagi.’

            Entah korang nak percaya atau tidak, tapi perbualan dua hala itu terjadi antara kami saat pandangan kami masih lagi bertaut. Macam ada telepati pulak antara kami berdua. Berbual melalui komunikasi minda.

            “Zareen, kamu dah sedar, nak? Syukur ya ALLAH” Terpisat-pisat mak yang baru terjaga mendekati aku. Mencium dahiku. Aku cuba tersenyum. Tapi air mata sudah laju menuruni pipi. Sayu. Rasa bersalah sangat hati ini dah buat mak risau dengan keadaan aku. Mak mesti bersusah-payah datang daripada kampung nak tengokkan aku ni.

“Maafkan Zareen, mak! Zareen dah buat mak risau.” Itu sahaja kata yang aku mampu tuurkan. Lemah sungguh suaraku.

“Takde apa nak dimaafkan, Zareen. Anak mak dah sedar ni pun, mak dah cukup bersyukur. Tiga hari lebih kau tak sedarkan diri, nak. Risau betul kami. Nasib baik Ika, Izreena dan Syaqif ni ada tolong tengok-tengokkan kamu.”

Syaqif tolong tengok-tengokkan aku? Aduhhh, malunya!

            “Zareen! Kau dah bangun? Ya ALLAH, kau tahu tak risaunya aku?! Aku ingat aku dah nak kehilangan kau, sahabat terbaik aku ni!”

Entah daripada mana, tiba-tiba muncul si Minachika, sahabat kesayangan aku ni. Sendu betul suara dia. Alahai, kesiannya kau teman. Maaf, aku tak dapat bangun nak kesat air mata kau. Badan aku masih berasa lemah sangat sekarang ni. Izreena pula ada di sebelah Ika tanpa sebarang bicara.

“Ika…”

“Izz…” Izreena Darwisya hanya memandang aku sayu.

****************************
  
          Setelah hampir beberapa hari aku dirawat di hospital itu, aku dapati luka di perutku semakin membaik walaupun belum sembuh sepenuhnya. Peritnya masih terasa. Dengar katanya si Syaqif dan Ika, banyak juga jahitan yang aku terima. Aku tak berani nak tanya doktor pasal luka aku ni lebih-lebih. Seriau kot.

Sedang aku melayan perasaan sambil mendengar lagu “Muhasabah Cinta” nyanyian EdCoustic yang dimainkan di telefon pintar Samsung Galaxy W aku. Muhasabah diri atas apa yang telah terjadi, tiba-tiba aku dikejutkan dengan kedatangan seorang doktor muda yang tidak pernah lekang dengan senyumannya yang manis ini. Aku membalas senyuman yang diberikan oleh Dr. Rozalina. Pantas dan cekap doktor muda ini melakukan pemeriksaan ke atas diriku.

Walaupun dia masih muda, aku dimaklumkan yang dia adalah antara salah seorang doktor pakar yang paling berpengalaman di hospital ini. Berkelulusan medik di salah sebuah institusi medikal terkenal di USA katanya. Bidang pengkhususannya tidak pula aku ketahui. Yelah, aku ni pelajar Sains Makanan je, apalah yang aku tahu sangat tentang dunia medikal ini. Tapi… Aku memang suka sangat lihat doktor seorang ini, bagaikan seorang kakak melayan seorang adik tiap kali dia datang menjengukku.

            “Assalamu’alaikum adik. Adik macam mana hari ni? Dah rasa okey sikit tak?” Ramah sungguh dia bertanya. Antara kami memang dah beradik-kakak sahaja sekarang ini. Dia cakap wajah aku mengingatkan dia kepada adiknya yang telah lama pergi menghadap Ilahi. Itu yang dia rasa macam ada chemistry je dengan aku ni. Aku pun follow jelah, orang baik dengan kita, kita kenalah baik semula dengan dia kan?

            “Alhamdulillah, kak. Dah bertambah baik. Berkat bantuan akak and abang sayang akak tu. Saya dah bertambah okay. Hehe.”

            Baru sahaja aku bicarakan tentang abang sayang kak Dr. Rozalina ni, dia pun muncul bersama-sama Syaqif. Kedua-dua jejaka tampan ini jalan seiringan dan mempamerkan senyuman manis mereka. SubhaanaLLAH. Indahnya ciptaan-MU, ya ALLAH! Cair kau! Tapi aku lebih cair tengok Syaqif. Hehehe. Yang sebelah Syaqif tu akak Rozalina ni punya, tak boleh nak cair sangat.

            “Zareen, how are you today?” Dr. Faiz a.k.a abang sayang Dr. Rozalina ini bertanyakan khabarku. Cukup ramah gaya dia bertanya, bagaikan seorang abang yang melawat adik dia pulak. Mereka berdua cukup besederhana dalam penampilan mereka selama aku dirawat oleh mereka. Low profile gitu! Sweet sangat diorang ni!

Walaupun Dr. Faiz ini merupakan seorang ketua bagi segala doktor-doktor di unit kecemasan di hospital ini, dia akan tampil ala-ala romantik bila Kak Rozalina ni ada depan dia. Selalu aku nampak dia kenyit mata kat isteri dia yang cantik plus pandai ni. Kadang-kadang selamba je Dr. Faiz ni pergi dekat isteri dia, tolong betulkan tudung isterinya yang agak senget depan aku. Lepas tu, sempat lagi dia ni cubit manja hidung isteri dia, sampai segan Kak Rozalina depan aku. Hissshhh, jelesnya tengok kemanisan mereka ni. Boleh kena diabetes aku. Mak, Zareen nak kahwin jugak! Huahuahua, gatai sungguh aku ni. Beruntung kak Rozalina dapat suami setampan dan sebaik Dr. Faiz.

            “Alhamdulillah, I’m totally fine right now, doc. Thanks a lot to both of you. I’m really grateful for your help.” Aku menjawab lalu menguntum senyum. Rasa bersyukur dipertemukan dengan insan-insan yang baik selepas adegan yang hampir meragut nyawa aku itu. Kedua-dua doktor ini tidak habis-habis memberi kata semangat dan terpegun dengan ‘keberanian’ aku kononnya.
Seorang gadis muda begitu berani berkorban nyawa menentang penjenayah katanya gitu. Haha, aku rasa nak tergelak sangat-sangat bila sweet couple husband and wife ni panggil aku macam tu. Lucu betul diorang ni. Berkorban nyawalah sangattt kan.

            “Hai, ucap terima kasih kat diorang berdua je ke? Saya ni takde siapa pun nak ucapkan terima kasih.” Tiba-tiba ekkk mamat Syaqif ni nak menyampuk. Membuatkan lidah aku kelu pulak. Macam biasa, pipi aku akan blushing secara semula jadinya. Cepat-cepat aku kalih pandangan, buat-buat pandang siling hospital.

            “Buat apa pandang atas tu, bukannya ada apa pun. Pandang saya lagi bagus, terus blushing semula jadi pipi awak tu. Macam mana ek boleh merah, tak yah guna blusher tu. Comelnya alahai.” Makin galak dia menyakat aku. Eiiii, Syaqif ni memang cari pasal dengan aku. Bakal je dia tu ‘penyelamat’ aku sebelum ni, dan bukan muhrim aku. Kalau tak memang rasa nak sekeh-sekeh je kepala dia ni. Eeeiiii… Sabar Zareen. Sabar!!!

            Awatlah mamat kedaun ni boleh berubah 180 darjah? Dulu masa awal-awal kenal dalam teksi tu takdelah banyak mulut dia ni. Sekarang… Huiiisshhh, kalau tak dihentikan oleh Dr. Faiz ataupun Kak Rozalina, mau sampai pengsan agaknya dia sakat aku.

            Nasib baik dia punya idea menyakat aku tu mencuit hati aku, kalau menyakitkan hati, memang makan kakilah jawabnya. Tapi takpe takpe, dia ni ambil berat pasal hal-ehwal aku. Kak Rozalina ada bagitau yang Syaqif ni sampaikan termenung dengan tangan penuh darah lepas dia hantar aku kat unit kecemasan minggu lepas. Risau sungguh tentang keadaan aku.

            “Issshhhh, kau ni Syaqif. Kesian Zareen, kau sakat dia sampai macam tu sekali. Dah macam udang terbakar je aku tengok Zareen ni. Bagilah dia berehat dulu. Kang ada pulak dia pengsan dek penyakit sakat-menyakat engkau ni.Dahlah luka dia tu masih belum cukup sembuh. Dah, dah, sini kau. Kesian heroin kita ni.” Terus  Dr. Faiz memegang bahu Syaqif dan menarik dia keluar. Syaqif hanya menurut langkah yang diatur sambil senyuman lebar terukir di bibirnya. Suka sangat ehhh mamat ni buat aku blushing. Aku menjeling sekilas, dapat aku lihat dia mengenyit mata ke arahku.

            Ahhh, sudah. Aku pulak menunjukkan penumbuk aku yang tak seberapa ini ke arah dia dengan riak kegeraman menghiasi wajahku. Semakin galak dia ketawa. Last-last, kepala dia disekeh Dr. Faiz, padan muka kau! Huahaha. Thanks, Dr. Faiz. Kita geng!

            Kak Rozalina pulak dari tadi duk menyengih tengokkan drama sebabak kami ini. Oh, aku lupa nak bagitahu, Dr. Faiz tu selain suami Dr. Rozalina, dia juga sebenarnya abangnya si Syaqif ni. Entah berapa banyak betul kebetulan kan? Aku pun baru tahu bila Kak Rozalina bagitahu, kalau tak, sampai la ni aku tak tau. Syaqif ni bukannya suka cerita sangat pasal diri dia and family dia kat aku. Tau menyakat je ada la. Tapi kata Kak Rozalina, Syaqif itu hanya akan rapat dan kuat menyakat orang yang istimewa di hati dia sahaja.

            Kak Rozalina bagitahu aku lagi yang dia bersyukur takdir mempertemukan aku dengan Syaqif dan aku berjaya membuat Syaqif tersenyum semula. Dua tahun lalu, Syaqif hampir kemurungan apabila bakal tunang kesayangannya pergi buat selama-lamanya pada hari pertunangan mereka gara-gara terlibat dalam kemalangan.  Insan kesayangan Syaqif itu pula tak lain tak bukan, adik Kak Rozalina itu sendiri! Omaiya, connection by connection lagi family diorang ni. Sebab itu, Kak Rozalina cakap, bagaikan ada bayangan adik dia dalam diriku. Mungkin itu penyebab kenapa Syaqif mudah mesra dengan aku. Cuma bezanya, arwah adik Kak Rozalina tu lemah-lembut orangnya, aku pulak ganas na’uzubillah sikit! Huhuhu.

            Semasa aku tak sedarkan diri tiga hari tu pun, Syaqif bagaikan tidak terurus makan minumnya. Sama macam masa Rania, adik Kak Rozalina tu meninggal dia punya sedih. Tidak putus-putus dia bertahajud dan membuat solat hajat supaya aku kembali pulih. Agar aku sihat seperti sedia-kala. Dia rasa bersalah sangat. Syaqif fikir kejadian aku ditikam itu disebabkan dia. Kalau dia tidak panggil nama aku waktu itu, pasti aku tidak ditikam.  Ya ALLAH, kenapalah kau ni Syaqif nak main salahkan diri sendiri pulak. Itu kan dah takdir ketentuannya. Dah tertulis aku memang nak kena tikam hari tu. Isshhhh… Sedih pulak aku dengar.

Dunianya ketika itu hanya di wad aku dan juga surau di hospital. Dia tidak mahu berenggang atau lewat daripada mengetahui khabar mengenaiku. Dia tidak mahu kehilangan aku, kata Kak Rozalina.

            Masa aku dengar cerita Kak Rozalina tu, sebak kot! Tak sangka minah Muslimah brutal macam aku pun mengalirkan air mata dengar cerita macam ni. Ishhh isshh isshhh, yelah, cerita tunang meninggal time nak bertunang, dah tu rasa sedih dan bersalah sebab kita, siapa yang tak sedih kot. Cuba korang bayangkan??? Aku bayangkan sekejap je pun habis jatuh title ‘kebrutalan’ aku. Huhuhu. Hati seorang perempuan kot, ganas macam mana sekalipun, akan meruntun juga bila dengar cerita sedih macam ni.

***************************

            "Saya suka awak."

“Saya, Syaqif Hafizuddin sukakan awak, Zareen Imtiyaz Imani.”

 Anak matanya merenung tepat ke dalam anak mataku. Mulut aku dah melopong. Terkejut! Kejap-kejap, bagi aku fahamkan apa yang dia cakap ni. Otak aku tak berapa nak cerna lagi dengan kata-kata dia tadi. Ehhhh. Dia cakap dia suka aku ke?

            Syaqif Hafizuddin confess kat aku? Pada waktu-waktu macam ni? Biar betul... Biar betul lelaki pujaan hati yang aku suka dalam diam selama ini confess kat aku??? Omaiya... Lidah aku dah semakin kelu. Betullah apa yang Kak Rozalina cakap berulang kali, Syaqif memang sukakan aku. Cuma dia lambat menyatakan. Sekarang bila ada ancaman orang baru suka kat aku, baru dia berani nak confess ekkk. Itu inferiority complex seorang Syaqif Hafizuddin katanya. Huahaha.

            Thanks encik adik junior yang membuat Abang Syaqif awak ni tergugat dengan keberanian awak yang berani confess kat Kak Zareen awak ni depan-depan dia, si taxi driver yang kononnya sangat segan nak bagitau dia pun suka kat kita jugak. Huahahaha, ingat lagi masa tu aku dan Ika nak naik teksi Syaqif ni nak pergi Pusat Bandar. Tiba-tiba ada pulak student Diploma ni datang dekat dan beritahu yang dia suka kat aku. Siap bagi coklat bagai lagi pulak tu. Yang aku ingat, aku nampak Syaqif kelihatan cemburu sangat waktu itu walaupun dia cuba berlagak tenang. Okey, cukuplah flashback tu. Balik semula kepada kejadian tadi. Hehehe.

Aku jadi segan nak pandang lama-lama wajah si dia yang masih kelihatan tampan walaupun berkaca mata. Getaran hati ini. Alamak, aku tak sukalah macam ni. Payah juga hati ni bergetar pada saat ada orang yang kita suka, confess kat kita.

            “Saya nak awak jadi isteri saya yang sah dan ibu kepada bakal anak-anak kita. Saya nak jaga awak, Zareen. Be my angel in our marriage life? Tapi, saya tak taulah kalau awak sudi nak terima saya seadanya. Saya nak tahu jika awak sanggup bersuamikan seorang pemandu teksi macam saya ni.Yang masih menampung pengajian saya dengan menjadi seorang pemandu teksi sambilan. Saya tak sama macam Abang Faiz.” Nadanya, cukup merendah diri. Seolah-olah dia tidak layak untukku. Oh, sungguh, jangan begitu, Syaqif! Aku hanya meronta di dalam hati.

Tapi apa yang kuzahirkan ialah wajahku yang memandang dia serius. Mataku tajam memandang dia. Seolah-olah aku sedang marah dengan apa yang telah dia bicarakan. Padahal, otakku sedang ligat menyusun kata untuk memberikan jawapan.

            “Status pekerjaan bukan pengukur utama dalam tiket mencari calon suami saya. Keimanan dan ketakwaan yang ada dalam seorang lelaki itu yang lebih utama. Saya mahukan seorang imam untuk saya dan anak-anak saya. Seorang yang boleh menjadi payung ketika kami ditimpa hujan. Seorang yang boleh meminjamkan bahunya ketika saya ingin menangis. Seorang yang boleh menegur saya jika saya tersilap dalam mengambil langkah menuju redha Ilahi. Seorang suami mithali kepada saya dan seorang bapa yang baik kepada anak-anak saya yang akan membimbing kami menuju syurga ALLAH. Itu ciri-ciri penting seorang suami pilihan saya. Tidak kisahlah apa jenis pekerjaannya sekali pun. Waima, jika dia hanya seorang pengutip sampah sekali pun, saya terima jika dia seorang yang mementingkan agama dan kebajikan keluarga.” Tegas aku menekankan prinsip aku dalam memilih pasangan hidup idamanku kepada dia. Dia memandang tepat ke dalam anak mataku. Cuba memahami maksud di sebalik kata-kataku.

            “Kalau betul awak sukakan saya dan ingin memperisterikan saya, awak tahu cara yang betul, kan? Saya masih ada orang tua. Mintalah izin daripada mereka.”

            Ternyata dia memahami maksudku yang tersirat di sebalik yang tersurat itu. tidak berapa lama selepas itu datang rombongan meminang di rumah orang tuaku di Johor. Daripada siapa lagi jika bukan daripada pihaknya. Aku dipinang oleh lelaki idaman pujaan hati! Ya ALLAH, bersyukur tak terhingga rasanya!

**************************************

           Kali ini Kak Rozalina pula yang bermurah hati belanja kami semua makan. Hehe, best betul  dapat bakal ipar-duai doktor-doktor yang murah hati ni. Makan kat Seoul Garden kot. Huahahaha, as usual babe, rezeki jangan ditolak. Entah macam mana Kak Rozalina dan Abang Faiz ni pun boleh ‘kamceng’ dengan kawan-kawan aku sekali ni.

            Mana taknya, masa kat hospital dulu tu, tak habis-habis si Ika dan Izreena ni suruh doktor berdua ni tengok-tengokkan, rawat-rawatkan, dan jaga-jagakan aku dengan sebaik mungkin. Siap mention tu yang aku ni sahabat dunia akhirat diorang. Huhuhu, terharu beb. Last-last, bukan aku sorang je jadi adik kesayangan Dr. Rozalina dan Dr. Faiz ni. Diorang pun join sekaki.

            Setelah masing-masing kekenyangan, Syaqif pun menghantar aku, Ika dan Izreena pulang ke kampus kami.

Sampai sahaja di perkarangan kampus, Syaqif keluar dan menghulurkan satu beg kertas kecil kepadaku. Dia siap pesan aku hanya boleh tengok apa yang ada dalam beg kertas tu bila aku dah tiba di bilik hostel nanti. Aku hanya menurut dan mengucapkan terima kasih sebab hantar kami semua balik. Malas nak banyak cakap dengan dia ni. Dia pun bukan banyak cakap. Walaupun kami dah bertunang, tapi masih ada batas-batas syari’at dan adab yang perlu dijaga. Ika dan Izreena pulak dah terlebih excited tengokkan aku dengan Syaqif. Hai la korang ni… Macam diorang pulak tunangnya Syaqif.

Seusai mandi dan mengeringkan rambutku, aku pun segera mencapai beg kertas yang diberikan Syaqif tadi. Eh eh, ada VCD lah. Di kertas pembalut VCD itu ada dilekatkan sekeping kad.

Kadnya bertulis :
‘Kepada Bakal Zaujahku, Zareen Imtiyaz Imani. Ikhlas daripada : M. Syaqif Fariq Hafizuddin. 
 P/S : Thanks for accepting me as your future husband. ^_^’

            Huahaha, mesti korang terkejut kan? Tiba-tiba je nama dia berubah jadi lebih panjang. Sebab nama dia inilah, aku hampir nak putuskan pertunangan kami sebelum ni. Sebab apa? Nanti aku ceritakan. Sekarang ni aku nak tengok dulu apa yang dia duk bubuh dalam VCD ni. Dengan pantas aku meletakkan VCD itu di tempat pemain VCD di laptop HP aku.Jangan lupa pasang earphones dulu, beb. Malu nanti kalau roommates aku lagi dua orang ni dengaq.
            
Butang play di skrin laptop aku klik. Video pun bermula. Kelihatan Syaqif sedang duk adjust kamera. Hihihi, lucu pulak tengok muka dia sebesar alam memenuhi skrin laptop aku.  Sesudah hal mengejas kamera itu selesai, Syaqif duduk pula di kerusi. Dicapainya gitar akustik lalu irama terhasil daripada petikan gitar itu. Hurmmm, sedap jugak dengar. Macam kenal je rentak lagu ni. Tiba-tiba si Syaqif ni bersuara.

            “Dear my future wife, Zareen Imtiyaz Imani. Nampak tak? Okey, nampak kan? Earphones dah pasang? Okey, awak sorang je tau boleh dengar. Jangan bagi orang lain tengok.”

            Huk aloh, dah lama dah earphones terletak kemas kat telinga aku ni.

“Okey. Semua set? Come hear this.” Dia pun tersenyum manis lalu mula menyanyi sambil memetik gitar. Ya ALLAH, lagu ni… Favourite kami berdua kot!

Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahagia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku… Oh… Kasih…
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua
Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan… Oh… Kasih…

Di sana kita bina
Tugu cinta,
Mahligai Bahagia

Semoga cinta kita
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu,
Moga Jodoh berpanjangan…

            Aku tergamam. Hatiku berdetak kuat. Sedap kot suara dia ni. Dia nyanyikan aku lagu Kasih Kekasih yang dulu famous dinyanyikan kumpulan nasyid InTeam. Sungguh lidahku kelu! Tiba-tiba, video menunjukkan yang Syaqif berdehem.

            “Ehemm! Amacam, Zareen, okay tak?” aku dah menjelirkan lidah. Kerek gak mamat ni ek.

“ Wait! Tunggu, tunggu. Jangan tutup dulu video player awak tu, ada satu lagi untuk awak, bakal isteriku.”

            Huk aloh dia ni. Ingatkan habis dah. Hilang feeling nak tangkap cintan melihatkan dia sekerek ini. Adehhh lah, encik tunanganku. Apa lagi awak nak buat??

            Gitar terus dipetik.

            “Hear this one too. Cik tunanganku.” Ehhh, dia ni ada antenna ke apa? Baru kejap dalam hati aku panggil dia encik tunangan, sekarang dia pulak panggil aku cik tunangan. Hehe, nampak tak? Nampak tak?Sorrylah, aku pun nak terikut kerek sama pulak.

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syari’at
Menguji kekuatan, keteguhan iman
Insan yang berkasih…

            Tamat sahaja lagu 'Hanya Tuhan Yang Tahu'  itu, aku ingatkan dah habis terus, rupa-rupanya ada lagi yang ingin dia bicarakan. Gitar dia letakkan di tepi. Kemudian, dia kembali menyambung bicara.

            “Zareen Imtiyaz Imani, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana sudi terima saya yang banyak kekurangan ini. Terima kasih sudi terima saya yang hanya seorang pemandu teksi celup awak ni.”

            “Jangan pernah berhenti berdoa agar jodoh kita berpanjangan. Bukan hanya bertahan sehingga di pelaminan. Hingga ke jannah hendaknya. Terima kasih sekali lagi untuk segalanya, Zareen. Hurm, okey tu je kot saya nak cakap. Seganlah nak cakap lebih-lebih. Tunggulah nanti kita dah rasmi baru saya cakap lebih-lebih. Hehe.”

            Hahaha. Dalam sendu, rasa nak tergelak pun ada aku dengar ayat pemalu dia ni. Takpe takpe, malu itu kan sebahagian daripada iman. Dulu kuat menyakat, sekarang pemalu pulak. Kadang-kadang aku pun pelik dengan tunang aku ni.

            “Okey, sekian. Itu sahaja daripada saya insan yang penuh kekurangan, Syaqif Hafizuddin. Assalamu’alaikum and good night, my future wife. Don’t forget to perform your tahajjud tonight. Jangan asyik duk mimpikan saya je pulak. Ok, babai.”

            Dia sempat melambaikan tangan dan  sempat pulak dia mengenyitkan mata sebelum video itu tamat.

            Alamak, apahal aku rasa nak menangis dalam penuh rasa terharu pulak ni bila dia cakap macam ni? Ececece, makin dekat hari pernikahan. Makin dia nak sweet-sweet bagai pulak. Tapi betul juga, selain usaha untuk menuju bahagia, doa dan tawakkal perlu diseiringkan untuk mencapai keberkatan dalam kebahagiaan.

            Terus kepala aku ligat berputar saat pertunangan kami dilanda badai… Okey, ready? Flashback lebih sikit ehhh.

**************************************

Siapa sangka kini aku sudah pun bergelar tunangan seorang pemandu teksi sambilan bernama Syaqif Hafizuddin.  Kami akan dinikahkan tidak lama lagi. Berapa lama lagi? Hurmmm, tak sampai sebulan setengah lagi kot rasanya. Huahahaha, boleh main rasa-rasa pulak aku ni kan. Betullah, sekarang ni kitorang dah nak kahwin. Keluarga kami mencapai  kata sepakat nak ikat pertunangan kami selama dua bulan je. Tak nak lama-lama. Bahaya! Sebab kami berdua ni pun masing-masing darah muda.

 Sekarang ni kami tengah sibuk dengan persiapan barang hantaran dan segala bagai kot. Tapi aku cuma ikut campur dalam urusan pakaian pengantin je sebab ianya memerlukan ukuran saiz yang bersesuaian dengan bentuk badan dan ketinggian aku. Aku amat cerewet bab pakaian. Yelah,  sebab ia melibatkan aurat kan? Mana boleh pakai bajunya fit ikut rap(tangkap muat) je, itu bukan tutup aurat, tapi membalut aurat.



Yang lain-lain aku dah serahkan kat keluarga kami untuk uruskan macam mana sekali pun. Nak tunggang-terbalik ke, ribut taufan ke gayanya, aku tak kisah. Pada aku, pernikahan dan walimah itu yang lebih penting. Aku tak naklah grand sangat, kitorang pun student lagi kot. Buat apalah nak tunjuk sangat ‘kemewahan’ majlis perkahwinan itu kan. Takut hilang keberkatan.

            Hari yang amat mendamaikan apabila sudah bergelar tunangan orang ini adalah apabila tiba hari yang sudah dijanjikan. Kami berdua ditemani Ika, Izreena, Abang Faiz dan Kak Rozalina menuju ke butik pengantin D’RizQ untuk mencuba pakaian pengantin dan busana pernikahan yang akan ditempah khas.

Sejujurnya, awal-awal lagi aku berkeras tak nak menempah di butik itu. Nampak mahal sangat sangat sangat kot! Tapi Abang Faiz berjaya ‘menundukkan’ aku. Tak habis-habis dia cakap, “Bolehlah, Zareen…”

Demi dia katanya. Dia nak  sangat tengok adik dan bakal adik ipar kesayangan dia ni nampak cun-melecun masa majlis perkahwinan kami nanti. Aishhhh, ni yang aku lemah segala lutut dan urat saraf ni. Tak boleh kalau orang baik-baik duk merayu ni, memang lemah dan cair-mair aku. Adik-beradik sama je perangai, tau je cara nak menundukkan aku.

Tak ketinggalan, Kak Rozalina pun sama, menyokong sahaja kata-kata suaminya ini, menyuruh aku menurut sahaja. Ika dan Izreena pun berkomplot dengan laki bini ni suruh aku bersetuju! Ishhhh, kalah teruk aku dengan diorang ni.

Aku pandang Syaqif, dia buat dunno je. Dia cakap, semuanya terserah pada aku. Tapi kalau dia, dia tak nak melawan cakap abang kesayangan dia. Alahai, dia ni!

Aku mengalah jua akhirnya. Lagipun, Abang Faiz cakap segala kos perbelanjaan busana pengantin itu masuk poket dia. Demi adik terchenta lah katakan. Cehhh, encik doktor pakar ni ada poket tebal kan. Okey, aku turutkan aje! Jangan nanti kami dah kahwin, dia tuntut suruh bayar balik pulak, memang aku cekik-cekik kau Abang Faiz. Huahaha…

            Setelah jenuh mencuba itu ini, akhirnya dapat pun yang diidam-idamkan. Tapi, aku tak reti nak describe macam mana baju dan tudung aku ni. Yang penting busana tu cantik, menutup aurat dan sepadan dengan busana pasangan idaman aku jugak. Hehehe. Tema warna putih ala-ala snow untuk majlis pernikahan. Tema di majlis pihak lelaki pula berkonsepkan ‘Frozen’. Huuu, nasiblah, kartun animasi tu kan tengah popular sekarang. Jangan ada yang menyanyi lagu ‘Let It Go’ masa majlis tu sudah. Aku rela tanggalkan kasut lari balik rumah kalau ada orang buat cenggitu(macam itu) kat wedding aku. Huhuhu…

            Manakala di pihak keluarga aku pula, kami memilih konsep yang berlainan. More to Chinese-Javanese concepts. Tema warna merah, ungu dan gold serta batik Jawa menjadi pilihan. Hehehe. Yelah, walaupun aku ada campuran darah Melayu-Cina tapi aku tetap ingat yang aku ni ada keturunan Jawa dan dibesarkan dalam suasana Melayu-Jawa di kampung. Thanks a lot to perunding perkahwinan di butik itu, Abang Faiz dan Kak Rozalina yang mencadangkan konsep-konsep begini.

Doktor berdua ni cakap, takpelah, diorang nak tengok kitorang punya wedding nanti cantik-cantik sebab wedding diorang dulu pun buat biasa-biasa je sebab nikah pun kat negara orang, time Kak Rozalina masih study kat USA dulu.

Selesai segala urusan tempahan, kami pun bergegas untuk solat Zohor berjemaah di salah sebuah masjid berdekatan situ. Selesai sahaja solat dan makan  tengah hari, mereka menghantar kami pulang ke rumah orang tuaku di kampung memandangkan aku pun sedang cuti pertengahan semester sekarang ini. Ika dan Izreena tumpang sekaki lagi. Sebab diorang pun sekampung dengan aku. Huhuhu, Minachika dan Minachina ni memang takkan berpisah dari sisi aku selagi aku tak kahwin katanya. Duk menyendeng je kerjanya. Tak puas berkepit dengan aku dari kecik sampai masuk U pun sama-sama. Asyik cakap sedih nanti aku dah kahwin tak dapat nak menyendeng kat aku lagi. Alahai, sahabat-sahabatku ini.

Kebetulan saat tiba sahaja di rumah orang tuaku di kampung, azan Asar berkumandang. Aku jemput mereka semua solat dahulu di rumah. Kami solat berjemaah dan babah aku yang jadi imam. So sweet lah babah aku ni. Hihihi.

Selesai solat, aku tolong melipat sejadah yang telah digunakan. Syaqif ni pun menyibuk nak tumpang sekaki. Alahai, pergilah join abang awak gi berbual dengan babah sana. Sibuk betul! Adalah ni dalam kepala dia plan nak menyakat aku ni. Entah di mana silapnya, sedang dia mengangkat semua sejadah yang aku suruh dia angkat, dia boleh tersadung. Berkat tikar mengkuang yang dihamparkan di ruang tamu rumah aku itu.

Huahahahaha, aku pun tergelak sakan. Dia pandang aku bengang je. Marah betul tengok aku gelakkan dia. Ehhh, bukan salah kita. Awak yang langgar tikar tu, bukan kita yang buat okey.

Lepas tu mak bebelkan aku suruh jaga kelakuan, tak molek anak dara duk gelak macam tu. Dahlah yang digelakkan tu bakal suami sendiri. Terus terdiam aku bila mak tegur aku. Syaqif pula dah tersengih kepuasan tengok aku kena ceramah free dengan mak. Boleh dia bagi aku thumbs up?! Eeiiiii, mamat ni kecik besau kecik besau je aku tengok kau. Selepas itu, terus dia blah join babah dengan Abang Faiz kat beranda rumah. Mak pulak terus ke dapur, tengokkan Ika, Izz dan Kak Rozalina lepas puas bebelkan aku. Eiiiii, tak aci betul.

Tiba-tiba aku terpandang sesuatu depan mata aku yang membuatkan aku rasa macam nak menyetan kejap. Hehehehehehe. Aku rasa macam aku kenal sangat-sangat apa bendanya tu. 


Dompet Syaqif!!! Ni mesti dia tercicir masa dia jatuh tergolek tadi ni. Aku pandang kanan. Aku pandang kiri. Line clear! Cepat-cepat aku ambil dompet tu dan sorok bawah tudung aku.


Sepantas kilat aku masuk ke dalam bilik aku. Hehe, siap kau abang Syaqifku sayang. Bakal isterimu yang ‘baik’ ni nak ‘pedajal’kan dompet kesayanganmu satgi. Aku buka dompet dia. Ada IC dia, lesen memandu, kad matrik pelajar dan beberapa keping duit not RM50 dan RM100 yang pada aku agak tebal dalam tu. Kaya jugak dia ni? Macam bukan pemandu teksi sambilan je?

Aku belek-belek kad pengenalan dia. Tengok gambar dia yang handsome meletup ni. Apa aku nak buat ek??

Ehhh, kejap... Nama dia? Alamat dia?

Aku baru tersedar sesuatu…

**************************************

“Ni kereta kau?”

Sengaja aku tunjuk riak muka terkejut. Walhal, aku sudah pun tahu perkara sebenar. Dia hanya menganggukkan kepala. Memandang aku sayu dengan mata redupnya. Aku tersenyum sinis. Hati aku masih sakit. Tiada lagi ‘saya-awak’. Aku hanya ber'aku-engkau' sahaja dengan dia sekarang ini. Rasa marah dan geram aku kat dia ni masih membuak-buak. Kalau boleh dizahirkan, rasanya macam air yang menggelegak bila dipanaskan. Dan kalau ada air panas tu depan mata aku, memang aku simbah je kat dia ni.

"Cantik! Mewah! Tapi..."

"Kau kalau datang nak tunjuk berapa biji kereta mewah, kereta besar yang kau ada, baik kau blahlah. Aku takkan pernah terpikat dengan kekayaan kau. Semua tu sementara je. Kalau setakat harta ni kau dapat dari mak bapak kau yang kaya-raya tu, aku tak heran. Yang aku cari bukannya tinggi kekayaan tetapi tingginya keimanan. Tapi sekarang yang aku dapat hanyalah satu penipuan…"

Aku terus berlalu pergi meninggalkan dia. Terpinga-pinga dia.

Kecewa. Itu yang aku rasakan sekarang. Dia anggap aku ni perempuan ke betina? Sebrutal-brutal aku, aku masih ada hati dan perasaan untuk dihormati sebagai seorang perempuan yang bermaruah. Walaupun aku hanya seorang anak kampung! Hati aku sakit! Lebih perit dari luka tikaman yang aku terima beberapa bulan lepas.

“Zareen! Tunggu! Berilah saya peluang jelaskan semua ni dulu..”

Aku buat-buat tidak dengar. Langkahku semakin aku lajukan. Dia hanya meraup mukanya. Kekesalan memenuhi hati kami berdua.

*********************************




            Aku hanya memandang kosong ke arah skrin laptop. Mata tertancap ke arah skrin tapi fikiranku terbang entah ke mana. Sungguh lari semua idea bila teringatkan insiden aku ‘sembur’ mamat tu tadi. Apa aku bersalah jugak ke sebab marahkan dia? Tanpa memberi secebis pun peluang untuk dia membuat penjelasan.

            Tadi aku nampak dia cuba beri penjelasan. Tapi... Ego aku menghalang daripada mendengar apa yang dia nak cakapkan. Aku takut andai ditipu lagi. Cukuplah aku ditipu selama ni.Salah dia jugak. Ego aku meneguhkan lagi pendirian aku dalam menyalahkan dia.

Padahal, daripada awal aku dah bagitahu dia, dalam sebuah perhubungan, kejujuran dan kesetiaanlah yang memainkan peranan. Lebih-lebih lagi dalam menuju gerbang perkahwinan.

            "Serabut!!!" Mana nak jadinya assignment aku tatkala fikiran tengah berserabut macam ni. Lantas aku bangun daripada meja studi dan bergegas untuk berwudhuk. Itu yang sering aku amalkan bila fikiran kusut mulai menguasai diri. Aku perlukan ketenangan. Ianya akan hadir apabila dapat kulantunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Pesanan mak dan guru-guruku dulu tidak mudah untuk kulupakan. Apabila kita rasa buntu terhadap sesuatu, mintalah petunjuk-NYA sebagai pembuka jalan.

            Selesai berwudhuk, segera aku laksanakan solat sunat taubat dua rakaat dan solat sunat istikharah dua rakaat sebelum kumulakan bacaan Al-Quran. Solat sunat taubat itu penting ya. Sebab kita sebagai manusia ni sering leka dan alpa dengan masalah dunia sehingga akhirat dilupa. Dosa kita yang berlipat kali ganda pun boleh terlupa jika terlalu asyik dengan dunia. Maka, pada saat inilah kita memohon keampunan-NYA jika kita ada membuat ALLAH murka. Solat sunat istikharah pula penting jika kita ragu-ragu dalam nak menentukan pilihan. Bukan untuk pilihan jodoh sahaja yek.

Dalam nak menghadapi peperiksaan pun, selain melakukan solat sunat hajat, kita digalakkan solat sunat istikharah agar mudah memilih jawapan yang tepat semasa menjawab atas berkat bantuan-NYA. Sebab itu kita disuruh meminta-minta dengan DIA. DIA lah penggerak hati setiap hamba-hamba-NYA. Wallahu ‘alam.

            Selesai bacaan Al-Quran, aku teruskan bertasbih dan bertahmid. Alhamdulillah, hati aku semakin tenang. Lama-kelamaan entah macam mana aku boleh terlena di atas sejadah. Jam tiga pagi aku terjaga, lalu aku barukan wudhukku dan memulakan tahajjud dan sekali lagi istikharah. Kemudian, baru aku sambung semula tidurku. Kepalaku terasa berat sangat sekarang ini. Seberat ‘beban’yang kutanggung.

            “Terima kasih awak, sudi jadi isteri saya. Zareen Imtiyaz Imani, si cinta hati.” Tiba-tiba dia muncul membawa sejambak bunga ros merah yang mekar lagi mewangi. Jambangan itu dia serahkan kepadaku. Aku tersenyum bahagia. Dia menghampiriku lalu mengucup dahiku. Kehangatan bibirnya dapat kurasakan. Kemudian, kami berjalan seiringan. Berpegangan tangan. Meniti setiap langkah bersama di taman yang mempunyai panorama yang mendamaikan itu.

            “Astaghfirullahal ‘azim…” Aku terjaga saat azan Subuh berkumandang. Apakah maksud mimpi ini?

***********************************

            “Maafkanlah dia, Zareen. Dia buat tu bukan sengaja. Dia cuma nak test kau dan nak kau terima dia seadanya.” Ika pula cuba memujukku. Kak Rozalina dan Izreena pula memandang aku sambil menganguk-angguk, mengiakan pujukan Ika. Diorang pun dah penat pujuk aku dari tadi supaya maafkan si malaun tu. Aku hanya diam tanpa sepatah kata. Masih berdegil.

            ‘Yelah, terima dia seadanya. Sampai dah nak kahwin pun aku tak kenal-kenal lagi siapa dia sebenarnya.’ Getus hati aku.

Macam mana aku nak terima dia seadanya kalau aku tak kenal dia sepenuhnya. Selalu keluar sana-sini dengan diorang naik teksi dia tu, memanglah aku percaya itulah dia seadanya. Seorang pelajar universiti dan seorang pemandu teksi sambilan.

“Hurmmmmm…” Akhirnya keluhan kulepaskan.

            “Takpelah, kau duduk sini dulu, tenangkan fikiran kau. Kitorang nak pergi order makanan dulu. Kau nak order apa?” Izreena Darwisya a.k.a Minachina pula bersuara.

            “Apa-apalah yang best kat kafe ni. Aku tunggu sini je. Aku pun bukannya lapar sangat.” Itu sahaja jawapan yang aku mampu berikan tika ini. Memang takde maknanya aku rasa lapar kalau fikiran sedang runsing macam ni.

            “Okey. Baik-baik tau tunggu tu. Kang tak pasal-pasal kena ngurat. Ingat sikit, kau tu tunang orang.”

            “Yelah…” Aku mencebik sambil memandang mereka bertiga menuju ke kaunter dan bahagian donut.

Aku memandang sekeliling kafe itu. Reka bentuknya amat unik. Memang dipenuhi dengan mood rileks. Santai je konsep yang digunakan dalam kafe ini. Aku suka.

Tiba-tiba aku ternampak susuk seorang yang amat aku kenali di atas pentas mini di hujung sudut kafe. Seorang yang aku rindui walaupun mulut kata benci. Sungguh segak dia mengenakan topi bowler bewarna hijau gelap, sepadan dengan blazer yang kemas dipakainya. Sepadan juga dengan warna shawl Pashmina aku. Ehhh, dia ni. Tiru aku ek?

Dia mendekati mikrofon lalu kedengaran suara dia berdehem memenuhi ruang kafe. Tali yang menggantung gitar sudah kemas diletakkan di bahunya. Orang ramai sudah memandang ke arah malaun ni.

“Ehemmm… Microphone check. One, two. One, two.”
Okay, today I wanna wish happy weekend to everyone here first. I hope everyone here are happy, eventhough I am not. Today I would like to perform a song for someone special to me. Which… Insya-ALLAH, I will marry her as planned if she doesn’t keep her hatred to me anymore. Dear my cute girl wearing beautiful green shawl right there, I dedicate this song for you. Hear me.” 

Jarinya tepat menunjukkan ke arahku.

Ahhhhh, sudah. Rasa macam semua mata dah beralih arah memandang ke arahku pulak. Penonton di kafe itu dah bertepuk tangan dan bersorak. Geng band dia di belakang turut memainkan peranan dengan alat muzik masing-masing. Dram dipukul. Gitar akustik dipetik. Lagu pun bermula.

Lagu Menjadi Diriku nyanyian asal EdCoustic yang dia nyanyikan rupanya. Alahai dia ni, dahlah muka sejibik muka vokalis EdCoustic tu, dah tu main pulak lagu tu. Orang dah nyanyikan, kita layan jelah kan. Suara dia pun sejibik wooo. Kagum plus kaget aku dengar.

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Wajahku kan memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku……….

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Tak mungkin sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki…

Syaqif menanggalkan mikrofon lalu menghampiri aku perlahan-lahan. Nyanyian dan muzik masih diteruskan. Aku pula tergamam sambil menahan malu. Macam biasa adik-adik, muka akak Zareen dah merah macam udang terbakar la ni.  Mana tak terbakar, orang lain pandang kitorang macam apa kot… Sana sini duk tersengih-sengih pandang kami. Awek bertiga iaitu Ika, Izz dan Kak Rozalina pun tak ketinggalan menyengih tengok drama Syaqif ni.

Muzik masih rancak dimainkan di atas pentas mini itu. Syaqif pula sudah berada di hadapanku. Dia menghulurkan sesuatu kepadaku. Ehhh, macam kenal je? Diari aku ni!!! Alah mak, malunya… Syaqif sudah tersenyum simpul lihat aku yang sedang malu-malu kucing. Kemudian, dia berikan pula sekuntum bunga ros merah sebelum dia sambung semula nyanyiannya sambil memandang tepat ke arahku.

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku……….

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Tak mungkin sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki…

“Awak anugerah hidup terindah dalam hidup saya, Zareen Imtiyaz Imani…” Mikrofon sempat di’off’kan lalu dijauhkan dari mulutnya sebelum dia menyambung bicara.

“Maafkan saya. Saya tak berniat nak tipu awak. Segala penjelasan saya ada dalam tu. Bacalah. Dan kemudian awak nilai sama ada awak mahu menikah dengan saya atau tidak. Terus-terang, saya benar-benar ikhlas nak awak menjadi isteri saya. Menjadikan awak kekasih halal saya, seorang pemandu teksi celup. Yang hanya berkhidmat sebagai pemandu teksi kepada seorang gadis yang bernama Zareen Imtiyaz Imani…”

************************************
          
MALAM itu, selepas sahaja selesai solat Isyak, aku rebahkan diriku di atas katil. Diariku yang diletakkan di atas meja studi kucapai. Kubelek-belek diari itu, ingin mengetahui apalah si Syaqif tu dah buat dengan diari peribadiku ini. Patutlah aku cari diari ni tak jumpa, pada dia rupanya selama ni.

‘Ya, aku tak secantik gadis lain. Aku tak seperti gadis lain yang pandai memasak, mengemas mahupun mahir menguruskan kerja-kerja wanita. Kesukaanku berbeza. Bila kau tengok tangan aku je dah cukup. Beberapa parut kekal yang sudah lama menghiasi tanganku ini. Aku cuma anak kampung yang dulunya sering comot bermain di kebun. Aku tidak suka permainan anak patung. Kegemaranku ialah bila dapat bermain dengan parang atau kapak. Haha, lucu bila teringatkan aku hampir kehilangan ibu jari kaki kiriku gara-gara bermain kapak. Mujur, aku hanya kehilangan kuku yang kemudiannya tumbuh semula dengan sempurna. Setelah menjadi pelajar Sains Makanan baru aku tahu memasak dengan sempurna. Mak pernah cakap, siapalah yang nakkan aku ni. Dahlah tak reti masak, dah tu ganas pulak.Tapi ternyata ada juga insan sebaik engkau muncul dalam hidup aku. yang menginginkan aku menjadi isterimu. Tapi… Kenapa engkau perlu menipu???

Adakah kerana aku ini anak kampung yang naïf lagi daif lalu dengan mudah kau menipu diriku? Beginikah caranya engkau cuba memiliki aku? Apakah yang kau dapat daripada segala penipuan ini. Dulu kau kuterima kerana aku ingin mengubati hatimu yang pernah terluka disebabkan hilangnya insan tercinta. Tapi apa yang kudapat? Hanya sebuah penipuan…Aku tidak berani memberi cintaku kepada insan yang belum cukup kukenali. Aku jatuh cinta pada engkau dulu atas statusmu sebagai seorang pemandu, sekarang apabila kebenaran diketahui, hatiku bagai dipalu-palu!
Kenapa? Kenapa kau tipu aku begitu? Penipuan yang kau berikan itu lebih sakit daripada parang yang pernah menghiris tanganku dulu. Lebih perit daripada kapak yang melukakan kakiku... Lebih tajam daripada pisau yang pernah menusuk perut aku dulu... Kau kejam!!!’

            Ini yang aku catatkan apabila aku rasa bagai ditipu oleh dia dulu. Kata-kata cinta itu hanya terucap di diari. Tak pernah kuzahiri di bicara nyata kerana dia masih ajnabi.

Di hujung helaian diari itu ada dikepilkan sampul surat kecil dan sticky notes yang bertulis : ‘Open Me~^^’

            Dengan pantas aku buka sampul surat kecil itu. Di dalamnya mengandungi warkah yang pastinya daripada dia. Kubuka lalu kubaca perlahan-lahan apa yang tertulis.

Assalamu’alaikum, bakal isteriku, Zareen Imtiyaz Imani.
Sebelum awak menghukum saya, izinkan dulu saya memberikan sebutir dua penjelasan. Tolong… Jangan hukum saya begini, Zareen. Saya mohon. Tolong baca apa yang saya tulis ini sehingga habis…
Zareen, adakah begitu sekali sakitnya hati awak kerana saya? Saya benar-benar minta maaf. Saya tak berniat untuk melukakan hati awak. Tolong jangan nilai diri awak sebagai anak kampung yang rendah di sisi masyarakat. Semua makhluk ALLAH sama di sisi-NYA! Yang membezakan hanyalah amalan mereka…
Saya minta maaf saya ceroboh diari awak. Tak sengaja. Betul! Diari awak terjatuh semasa awak pergi tenangkan diri di tepi laut dulu. Maaf, Zareen. Saya follow awak senyap-senyap lepas Ika beritahu awak masih bersedih lepas tahu siapa saya sebenarnya. Saya nampak awak menulis dalam diari itu.awak menangis sepuas-puasnya seorang diri.  Selepas itu barulah Ika dan Izz datang menenangkan awak. Sayu benar saya melihat awak masa tu. Bagai disiat-siat jantung saya ini kerana telah melukakan hati seorang gadis sebaik awak. Kalaulah kita sudah mempunyai ikatan sah, pasti saya akan datang mengesat air awak dan meminjamkan bahu saya untuk awak menangis. Macam yang awak pernah cakap dulu. Sejurus awak beredar daripada tepi pantai tu, saya nampak buku diari awak ini elok terletak di atas batu di tepi pantai yang awak duduk. Itu yang diari awak ini berada dalam simpanan saya. Sungguh terobek hati saya saat membaca tulisan awak berkaitan penipuan saya.
Imtiyaz, sejak pertama kali saya jumpa awak dulu. Saya dah tertarik dengan cara awak. Ya, saya tertarik dengan cara awak yang selamba tapi sentiasa besederhana. Kononnya ganas tapi masih ada sisi kelembutan Muslimah yang ada dalam diri awak,dimana hanya orang tertentu sahaja dapat menilainya. Awak selalu terlepas cakap bila kalut, tapi dengan comelnya try nak cover balik sampai merah2 muka. Hehehe.
Mengenang kembali pertemuan pertama kita. Masa awak mula-mula masuk teksi saya dulu… Siapa sangka sampai merah muka awak macam udang bakar bila awak tersedar awak terlepas cakap saya handsome macam penyanyi kesukaan awak tu. Hehe, terima kasih. Tapi siapa sangka. Pertemuan pertama kita, hampir meragut nyawa awak! Saya amat terkejut, Imtiyaz! Awalnya, memang saya sangat kagum dengan keberanian awak ingin menumpaskan peragut tu. Siapa sangka, bakal isteri saya ni seorang pesilat yang terer  juga rupanya.
Tapi… Bila saya memandang awak yang dah berlumuran darah. Bila awak hampir rebah ke bumi. Bila saya melihat mata awak yang layu. Bila awak tak sedarkan diri. Saya takut sangat, Zareen! Saya takut saya akan kehilangan seorang lagiinsan  yang sudah mulai mencuri hati saya ini.insan yang ingin saya sunting menjadi isteri.  Betapa saya menyalahkan diri saya tika itu. Akan tetapi bila awak tersedar, bagaikan ada bicara daripada pandangan mata awak yang menyatakan apa yang terjadi atas awak adalah takdir. Awak memaafkan saya walaupun saya tak bersalah. Supaya saya berhenti menyalahkan diri sendiri. Saat itu. kita berbicara hanya melalui pandangan mata. Ya ALLAH, tak dapat saya gambarkan betapa saya rasa bersyukur sangat akhirnya awak kembali semula selepas tiga hari tak sedarkan diri.
Mengenai pertemuan pertama kita… Memang pertemuan pertama kalikita dulu  itu telah saya rancang. Saya telah mengetahui serba-sedikit mengenai awak sebelum pertemuan pertama kita dulu. Ummi saya telah cadangkan kepada saya untuk memperisterikan awak. Ummi dan abitelah lama memasang niat untuk menjodohkan saya dan awak. Mereka  ingin melihat saya bahagia sekali lagi setelah saya kehilangan Rania pada majlis pertunangan kami dulu. Pada awalnya, saya hanya menurut kata-kata ummi memandangkan ummi bertegas benar-benar berkenankan awak, anak sahabat baiknya sebagai menantu. Saya amat terkejut apabila ummi menunjukkan foto awak. Rupa awak ada iras-iras Rania! Insan yang amat saya rindui dan selama ini bertakhta di hati.
Maaf, saya bukan cuba nak menjadikan awak pengganti dia. Saya rasa awak pun sudah tahu, Rania sudah lama pergi menghadap Yang Maha Esa. Cuma, kebetulan ini yang membuatkan saya ingin lebih mengenali awak. Saya rasa Kak Rozalina pun dah beritahu awak kan? Yang awak dan arwah Rania cukup berbeza dari segi perlakuan. Tapi kelainan itulah yang menjadi daya tarikan. Tarikan untuk saya menguatkan azam dalam misi menjadikan awak kekasih halal saya.
Ummi beritahu saya lagi yang awak ini jenis yang tak pandang orang pangkat atau berkedudukan tinggi. Awak fobia dengan kes awak pernah dimaki orang kaya sombong suatu tika dulu disebabkan awak ni hanya seorang gadis kampung biasa. Lagi satu, ummi ada beritahu  yang mak awak ada pesan, awak ni liat sangat untuk ditundukkan. Perlu ada cara dan taktik yang betul kalau nak cairkan hati awak ni.
 Jadi, kalau nak dekati awak, saya perlu ada strategi. Sana sini saya minta pendapat semua ahli keluarga dan teman rapat saya dan sahabat awak. Bertanya itu ini mengenai awak. Akhirnya, saya pun berpakat dengan sahabat baik awak, Zalikha Huzaimah dan Izreena Darwisya dalam menjayakan misi ini. Mulalah peranan saya sebagai seorang pemandu teksi ‘celup’ . Nasib baik abi saya memang ada kawan yang mengusahakan syarikat menguruskan teksi komersial berdekatan dengan tempat belajar awak. So, saya pun mulakan misi penyamaran saya sebagai seorang pemandu teksi yang hanya berkhidmat untuk awak. Saya tak pernah berniat hendak mempermainkan awak, Imani. Saya hanya ingin menguji jika benar apa yang ummi cakap, awak ini seorang yang tidak mementingkan orang berdarjat tinggi.
Imani, jika penipuan ini benar-benar mengguris hati awak, saya minta maaf sekali lagi. Tolonglah jangan batalkan pernikahan kita. Tinggal setengah bulan sahaja lagi, Imani! Saya berjanji, termeterai sahaja ikatan pernikahan antara kita. Saya akan berterus-terang dengan awak tentang segala-galanya yang awak ingin tahu tentang saya. Tiada lagi rahsia. Tiada lagi penipuan. Saya hanya akan menjadi diri saya, yang akan berkhidmat sepenuh masa sebagai suami dan imam awak. Awak telah muncul dalam istikharah saya. Dan melalui diari awak jugalah, saya dapat tahu yang saya juga pernah mucul dalam mimpi awak sebagai suami awak selepas awak beristikharah dan berisytiharah…
Izinkan saya, Zareen Imtiyaz Imani…Untuk menjadi imam awak…
P/S : Awak tak pandai masak ke? Mak awak cakap awak expert gila masak macam-macam lepas bergelar student Sains Makanan. Kalah chef kalau pekena air tangan awak ni. Lagi satu, awak kasar macam mana pun, saya terima. Sebab hati saya akan jadi terlalu lembut, hanya untuk awak. Saya terima awak seadanya… Awak sempurna di mata saya sebagai seorang bakal isteri yang menghiasi syurga rumah tangga kita…
Sekian.
Yang benar, insan yang ingin menjadi kekasih halalmu,
M. Syaqif Fariq Hafizuddin~



            Aku… Aku… Aku rasa aku dah dapat jawapannya!

Ya! Aku dah dapatkan jawapannya. Dalam sendu tangisan. Dalam lajunya air mata berjuraian, terukirnya di bibirku akan sebuah senyuman. Jawapan yang kau nantikan, akanku berikan…


**************************************

“Aku nikahkan dikau Megat Syaqif Fariq Hafizuddin bin Megat Furqan dengan puteriku, Zareen Imtiyaz Imani binti Zariq Ismail Chin dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.” Kedengaran kuat suara babah yang sedang menikahkan aku dengan dia. Sebak sungguh hati aku saat ini. Selepas lafaz ijab-qabul ini selesai, aku bukan lagi bawah tanggungjawab babah.

“Aku terima nikahnya Zareen Imtiyaz Imani binti Zariq Ismail Chin dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.”

Setelah semua saksi mengesahkan lafaz yang telah termeterai, maka dengan ini sahlah aku menjadi isteri kepada Megat Syaqif Fariq Hafizuddin.

Usai membaca doa dan dibacakan khutbah nikah kepada kami berdua, terus dia melaksanakan solat sunat nikah dua rakaat. Kemudian, dia menghampiriku untuk melakukan adat pembatalan air sembahyang. Kami menyarungkan cincin ke jari manis antara satu sama lain. Lalu, aku disuruh oleh mak supaya menyalam tangannya. Kaku aku seketika. Dia dah tersenyum melihatkan aku yang kalut. Tak biasa. Masih kekok memegang tangan dia. Yelah, seumur hidup aku, manalah pernah sentuh tangan lelaki sesuka hati melainkan sentuh tangan babah dan atok aku je.

“Janganlah takut sangat. Saya bukannya nak makan awak pun. Rileks. Cool.”  Lembut je dia berbisik ke telingaku. Cuba menenangkan aku. Muka aku dah blushing habis! Hehehe.

Saat aku capai dan sentuh je tangan dia, bagaikan ada arus elektrik bervoltan agak tinggi yang mengejutkan aku.

Kemudian, dia kucup lembut dahiku. Ya ALLAH! Jantung aku berdegup kencang. Lebih hebat degupannya daripada saat pertama kami bertaut mata dulu. Tapi… Perasaan ini lebih mendamaikan.

Mungkin kerana dia sudah halal untukku. Aku berasa lebih selamat dan tenang. Dia suamiku yang sah. Ya ALLAH, bahagianya rasa tika ini. Aku bersyukur atas nikmat yang kau berikan dengan kehadiran dia dalam hidupku, ya RABBI. Syukur, Alhamdulillah…



*************************************

            Hari ini resepsi di belah pihak lelaki diadakan setelah selesainya resepsi di kampungku minggu lepas. Aku bagaikan rusa masuk kampung pada saat awal-awal dia bawa aku ke kediaman atau lebih tepat aku panggil, banglo mewah milik keluarganya. Sungguh! Seumur hidup aku tak pernah jejakkan kaki di mana-mana kediaman mewah macam ini. Mujur ada Kak Rozalina yang bantu aku menunjukkan selok-belok di dalam banglo ini. Hihihi. Kalau takde penunjuk arah, mau aku sesat dalam rumah ni.
            Okey, balik kepada cerita aku kat majlis resepsi belah suami aku ni, tadi aku punyalah tak tahan nak pergi toilet, terus aku mintak Kak Rozalina temankan aku pergi ke tandas. Semua ini gara-gara minum banyak sangat air sebelum majlis bermula. Gugup punya pasal, sebab ramai sangat orang kenamaan yang hadir dekat majlis ni.

            Bila aku balik semula ke ‘singgahsana’ raja sehari itu, aku dapati suami tercinta aku pun tiada di situ. Mana pulak dia pergi ni?
Tiba-tiba, kedengaran muzik dimainkan. Aku kenal irama lagu ni. Lembut sahaja. Semakin lebar senyumanku bila dia muncul dengan segaknya lagilah tampan berbusana biru muda. Dia buat lagi. Dia buat lagi…

Aku sudah menunduk malu sambil menggeleng-gelengkan kepala. Alahai, klon vokalis EdCoustic versi lebih muda ni…

            Terucap syukurku
            Aku memilihmu
            Untuk menjadi teman
            Hidup setia selamanya

            Belahan hati ini
            Kini telah terisi
            Aku dan dirimu
            Mengikat janji… Bahagia

            Perlahan-lahan dia menghampiriku. Senyuman tidak lekang di bibirnya. Aku hanya tertunduk malu.

            Dan berlayarlah kita renda keluarga
            Merentas hidup… Bersama
            Aku bahagia
            Ku dipertemukan… Belahan jiwaku

            Dia menyentuh daguku. Membuatku mengangkat muka memandang tepat ke dalam anak matanya.

            Tuhan persatukan kami untuk selamanya
            Hingga bahagia di syurga-MU
            Pegang tanganku
            Tataplah mataku
            Engkau ditakdirkan untukku

            Tanganku dicapai lalu dipegangnya erat. Memang betul-betul dia tatap mata aku. Lama. Alamak, melting wa cair-mair dah aku ni. Nak tunduk dah tak boleh. Dia dah ‘kunci’ mata aku.

Nyanyian diteruskan. Dia masih bersikap selamba. Tapi sweet! Hehehe.

Ikatan suci ini
            Selalu kan ku jaga
            Meniti sakinah
            Penuh kasih sayang...Dan rahmat-NYA…

            Tiba part ni, aku betul-betul rasa macam nak menangis. Sayu. Sebak. Ya ALLAH, moga rumah tangga kami yang baru dibina ini sentiasa dalam lembayung rahmat-MU. Moga berkekalan hingga ke syurga-MU.

Dan berlayarlah kita renda keluarga
            Merentas hidup… Bersama
            Aku bahagia
            Ku dipertemukan… Belahan jiwaku

            Tuhan persatukan kami untuk selamanya
            Hingga bahagia di syurga-MU
            Kau amanahku…Isteriku tercinta
            Engkau ditakdirkan untukku…



             Mata para tetamu yang memandang kami sudah tak dihiraukan. Aku tenggelam dalam caranya yang bersahaja. Inilah rupanya yang dia maksudkan sebagai kejutan yang ingin dia berikan pada majlis perkahwinan kami. Aku masih hanyut dalam alunan suaranya.

Dan berlayarlah kita renda keluarga
            Merentas hidup… Bersama
            Aku bahagia
            Ku dipertemukan… Belahan jiwaku

            Tuhan persatukan kami untuk selamanya
            Hingga bahagia di syurga-MU
            Kau amanahku…Isteriku tercinta
            Engkau ditakdirkan untukku

            Ditakdirkan…Untukku…

            Engkau ditakdirkan untukku…uuu…

            Suaranya sungguh mendayu, mengakhiri lagu. Aku bagaikan terpukau! Hingga tak menyedari tepukan para tetamu yang bagaikan datang menghadiri konsert. Huahahahaha. Dah tersedar, baru aku reti segan. Nasib baik hari ni memang dipakaikan blusher, so, dapatlah cover ‘blushing semulajadi’ aku tu.

            Ummi dan abi, kedua-dua mertuaku itu menghampiri kami. Senyuman lebar juga tak lekang di bibir mereka. Tidak putus-putus mereka mengucapkan terima kasih kepadaku kerana sudi menerima Syaqif semula. Sudi jadi menantu mereka.

            Aku sangat tertarik dengan cara mertuaku dan ipar-duaiku yang amat low profile walaupun mereka ini boleh dikatakan antara keluarga jutawan. Mereka cakap buat apa menunjuk-nunjuk. Harta dan segala yang kita ada di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Cukuplah mensyukuri setiap nikmat yang ada. Jika kita ada rezeki lebih, berilah kepada mereka yang tiada. Kerana rezeki yang kita dapat itu, tak semuanya hak kita. Ada bahagian hak orang dalam setiap rezeki yang kita terima daripada-NYA. Bak pepatah Arab yang aku belajar masa sekolah dulu, 'Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.'
 Apa maksudnya? Hihihi, korang pergilah tanya ustaz Bahasa Arab kat sekolah korang. Aku malas nak explain.

 *************************************

            “Apa pandang-pandang?”

            Aku dah cuak. Dah apasal laki aku ni pandang aku lain macam dengan senyum sumbing dia tu. Kacau daun betul. Aku baru nak layan cerita Tiga Abdul kat siaran Astro Prima. Tengah part best ni!

            “Huahahahahaha…” Tak kusedari rupa-rupanya laki aku ni nak cium pipi aku. Tapi aku dah sembamkan muka aku kat sofa terlebih dahulu. Geli hati lagi seriau tengok babak yang dilakonkan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan watak isterinya yang dilakonkan oleh pelakon veteran, Sarimah. Terduduk kembali dia. Muka kecewa!

            “Iman!!!” Itu panggilan yang dia panggil aku lepas kami sah bergelar suami isteri. Aku pula panggil dia Abang Fariq. Kod nama ni hanya untuk kami berdua je tau!

            Dia pandang aku tak puas hati. Kecewa lah tu!

            Aku ni bukan apa. Goosebump ooohhh! Meremang bulu roma tengok adegan romantik lagi sayang-menyayang antara watak suami isteri yang dilakonkan dalam cerita Tiga Abdul tu. Hahaha, sampai laki sendiri nak beromantik sikit pun tak dapat. Keh keh keh...

            Aku masih cuba membiasakan diri hidup berdua dengan dia di kondominium yang telah disediakan untuk kami sejak dulu lagi. Alhamdulillah, makan pakai dia aku dapat jaga sebaiknya walaupun aku masih bergelar seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda semester ketiga.

Cuma bila dia nak beromantik lebih sikit je, aku tak berani lagi. Huhuhu, silap-silap ada tercium sofa lagi bila dia curi-curi cuba nak cium aku macam tadi. Hahaha, kesian encik suami, tersilap timing.  Lagi bila dapat isteri yang nakal dan suka mengusik macam aku ni. Makan hati berulam jantung je lah gamaknya. Baru tau sekarang ni siapa lebih suka menyakat siapa. Hahaha!!!

Dia dah lama jugak grad. Patutlah poket tebal, dia dah lama kerja dengan abi dia rupa-rupanya. Oh ya,  umur dia bukan 23 tahun ya. Dia tipu aku dulu. Cettt! Mentang-mentang muka baby face. Awet muda.  Suamiku ini dah 25 tahun. Taraf umur bapak budak. Huhuhu.  Budaknya aje yang belum ada lagi. 

Kemungkinan Abang Fariqku ini yang akan ambil-alih teraju syarikat warisan keluarganya memandangkan Abang Faiz tak berminat dalam menguruskan hal-ehwal bisnes ni. Abang Faiz lebih berminat dalam bidang medikal katanya. Dah namanya pun doktor kan. Abi tak boleh buat apa kerana abi tak pernah menghalang minat anak-anaknya. Selagi ianya tidak menyalahi agama. Ini yang aku suka sangat kat abi! Hihihi.

Aku tak kisah apa pun pekerjaan yang Abang Fariq aku lakukan. Yang aku pandang bukan pangkat dia, tapi tahap kehebatan dia dalam menjadi imam dalam keluarga kami. Masa baru-baru nikah dulu pun, teruk jugak dia ‘kena’ dengan aku sebab hal dia tipu aku dulu tu. Huahahaha. Nasib baiklah laki aku ni sabar dalam menghadap aku lagi menunggu aku menerima dia sepenuhnya. Alhamdulillah, kini aku dapat terima dia seadanya.

Seorang Ketua Pegawai Operasi ataupun COO sebuah syarikat milik bersama keluarganya. Bukan seorang pemandu teksi rupa-rupanya. Tapi gayanya yang cukup bersederhana amat memukau jiwa. Menggamit perasaan seorang anak kampung sepertiku yang biasa-biasa sahaja.

**********************************

            “Kita nak pergi mana?” Dia senyap je.

            “Abang Fariq, kita nak pergi mana?” Aku bertanya lagi. Tak puas hati selagi tak dapatkan jawapan.

            “Mana boleh cakap. Nanti dah tak surprise. Sayang, sabar eh? Nanti sayang tau jugak.” Dia hanya menjawab sambil tersenyum.

            Aku dah makin pelik. Tiba-tiba malam tadi dia beritahu suruh packing je baju kami berdua  lebih sikit. Dia nak bawa aku ke sesuatu tempat yang menarik katanya. Suka bikin(buat) saspens lorh laki aku ni.

            “Naik ni? Aku dah tersenyum. Hehehe, teringat kenangan lama weyh. Zaman dulu-dulu sebelum jadi isteri Abang Fariq tercinta ni.Dulu-dulu lah sangat. Aku dengan dia pun baru je kahwin. Poyo betul aku ni. Hehehe.

            “Yup. Dipersilakan permaisuriku menaiki teksi hamba yang tak seberapa ini. Harap permaisuriku ini sudilah terima seadanya dengan apa yang telah hamba sediakan.”
            “Terima kasih driver kesayangan beta. Hehehe.” Aku cium sekejap pipi dia sebelum cepat-cepat masuk ke dalam teksi yang penuh nostalgia itu. Dia sudah terpana. Melopong mulut.  Tidak menyangka.

            “Sama-sama kasih, permaisuriku.”  Segera dia menutup pintu di bahagianku dan menuju ke tempat duduk pemandu. Yeayyyyy! Dapat dating dengan laki kita ni, naik teksi yang penuh memori kami.

            Yang lawaknya bila naik teksi ni, bila lalu berdekatan dengan taman perumahan, mesti ada yang duk tahan kat tepi jalan. Hahaha. Sakit perut aku asyik tergelak tengok orang yang ingatkan teksi ni macam teksi biasa agaknya. Sorry, pak cik, mak cik, adik, kakak, abang semua. Teksi ini bukan untuk disewa ya.

Setelah puas disoal-siasat, barulah aku tahu. Dia dah beli teksi ni daripada awal rupa-rupanya. Sebab ada sentimental value katanya. Banyak kenangan kami di dalam ni. Awww, so sweet lah my hubby ni! Haha, aku pulak makin gedik lepas kahwin. Takpelah, gedik dengan laki sendiri aje pun. Jangan jelesss! Huahaha.

Tapi, yang geramnya aku masih tak tahu ke mana arah tuju destinasi kami. Entah bila masanya aku tertidur sampai terlentok kepala aku kat bahu dia ni. Heee… Mintak maaf encik suami. Nasib baik dia okey. Lagi suka ada la Abang Fariq bila dapat bermanja dengan isteri tercinta.

            “Sayang, bangun. Kita dah sampai ni.” Aku baru tersedar. Terperanjat sungguh aku bila melihatkan diri sendiri yang sudah terbaring di atas katil. Bila masa pulak aku dah ada kat sini? Dalam keadaan diri yang masih agak mamai, aku sedar yang matanya tak beralih daripada terus memandangku.

            “Kita kat mana ni, bang?” Terpisat-pisat aku cuba duduk. Menyandarkan tubuhku di kepala katil. Dia pun berbuat perkara sama. Disandarkan tubuhnya bersebelahanku. Lama juga aku tertidur.

Selepas berhenti seketika di R&R di lebuhraya Utara-Selatan untuk bersolat tadi, aku tertidur terus, badanku masih kepenatan dek aktiviti harian sebagai seorang pelajar juga isteri. Sedar-sedar dah ada atas katil macam ni. Dengan tudung pun dah dicabut entah ke mana. Mesti laki aku yang tolong tanggalkan. Kesian dapat isteri kalau naik kenderaan je mesti ngorok(tidur).

            “Kat Desaru je. Sorry, sayang. Abang cuma mampu bawa Iman ke sini je untuk kita honeymoon. Sayang cakap sayang suka luangkan masa di tepi pantai. Itu yang abang bawa ke sini tu. Next time, bila abang ada masa, kita pergi tempat yang lagi best, okay?”

            Matanya membulat, nada suaranya konon memujukku memahami apa yang dia cuba sanpaikan. Alahai, comelnya suamiku ini. Dengan mata aku yang masih kuyu, aku tersenyum memandang suamiku.

            “Abang yang dukung Iman masuk dalam bilik ni ke tadi?” Dia hanya mengangguk.Tersenyum sumbing. Itu je modal dia. Hehe.

            Aku mencapai lembut tangan suamiku. Aku kucup lembut tangan suami tercinta. Dia terkejut sekejap. Tapi kemudian matanya redup memandangku. Pandangan kami bertaut. Mataku membulat. Anak mataku memandang tepat ke dalam anak matanya. Senyuman nakal terukir di bibirku.

            “Abang Fariq, intan payung zamrud umbrella Iman ni. Dengar baik-baik apa yang Iman nak cakap ya.” Aku memainkan jari-jemari aku di janggut sejemput dia tu sambil memuncungkan bibir. Konon seksi lagi menggoda ala Angelina Jolie gitu. Dia tersengih, jelas kelihatan cantiknya barisan giginya yang kemas tersusun itu. Dia dah faham sangat habit aku sekarang ni. Bermain-main dengan janggut dia yang cute tu!

“Iman faham kalau abang sibuk sangat sekarang ni. Sampaikan abang pun takde masa untuk diri sendiri. Iman tak kisah pun kalau abang nak angkut isteri abang ni pergi mana. Iman tak kisah langsung. Kalau habiskan masa duduk kat rumah aje pun tak apa. Asalkan abang… Ada masa nak habiskan masa berdua dengan Iman. Untuk temankan Iman dan benarkan Iman sentiasa menemani abang.”

Aku melentokkan kepalaku di dada bidangnya. Tanganku memeluk erat pinggangnya. Tangan kanannya memeluk bahuku. Sebelah lagi tangannya sudah meraih pinggangku. Terasa bibirnya mengucup kepalaku. Menyentuh rambutku.

“Terima kasih sebab sentiasa memahami abang. I love you so much, my wife! My precious love.

I love you very very very much too, Abang Fariq!”

Aku pandang semula wajahnya. Pandangan kami bertaut sekali lagi. Kuatnya getaran hati pada tika ini. Getaran cinta sepasang kekasih halal. Gelora di jiwa yang mendamaikan. Melodi cinta rancak berirama.

Perlahan-lahan, bibir Abang Fariq menyentuh bibirku. Kehangatan bibirnya dapat kurasakan. Bahagianya yang kurasa tika ini. Aku tertunduk selepas itu
.
Doa dimulakan. Aku hanya mengaminkan.

“Assalamu’alaikum, isteri abang. Izinkan abang...”

“Wa’alaikumsalam abang…”

Kemudian, kami kembali menyulam bahagianya cinta. Penyatuan cinta halal dua orang insan yang salin mencintai. Sentiasa mengharapkan mahligai bahagia yang dibina mencapai redha Ilahi.
Aku amat mencintai dia, pemandu teksi celupku ini.  Sanggup merendah diri menjadi seorang pemandu teksi yang berkhidmat untukku yang banyak kelemahannya ini.

 Labiu, Mr.Taxi Driver Celupku!
I love you forever. Till jannah hendaknya. Insya-ALLAH!

Moga bahagia milik kami. Moga lepas ni kami dapatlah Syaqif Hafizuddin atau Zareen Imtiyaz Imani  junior hendaknya. Kalau boleh nak twins!

Doakan kami ya. Hehehe. Aamiin ya rabbal ‘alamin.

-TAMAT-

6/6/2014 – 03:00 A.M

Sedikit kata-kata daripada cik penulis :

 Ini adalah karya cerpen kedua penulis selepas Mencintaimu Hingga Ke Syurga. Maaf, jika karya ini banyak kelemahan dari segenap segi. Saya akui banyak lagu dalam cerita ini memandangkan saya adalah salah seorang peminat kumpulan EdCoustic. Allahyarham Aden itu sendiri adalah seorang idola yang amat hormati, jadi sekali lagi saya terinspirasi untuk menciptakan watak utama lelaki seakan iras-iras Allahyarham. Sungguh pilu bila mengenangkan dia pergi pada usia yang pada saya masih begitu muda. Hilangnya sebutir lagi permata yang amat berharga. Kisah hidupnya membuat saya asyik bermain dengan emosi dan air mata. Al-Fatihah untuk Allahyarham Deden Supriadi yang telah meninggal dunia pada 30/12/2013.

Harap maafkan saya atas segala kelemahan yang ada dalam cerita ini. Segala yang baik datang daripada ALLAH SWT dan segala kelemahan datang daripada saya sendiri.




Sekian. Terima kasih!

#Don’t forget to leave your comment after you had finished your reading. Thank you for all the readers who had took your time in finishing this story-reading. I really appreciate your visit. ^_^

___Roxalynne___

No comments:

Post a Comment

Dah baca post entry ni? Ace komen sikit.. ^^