Friday, July 4, 2014

Aku&Bawang = N.G. Sotong ^^

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka

Assalamu'alaikum n salam utk semua... :)
Puasa tak hari ni?

Okey, apa sebenarnya yek kaitan tajuk entri kali ni?
Hah, ni aku nak cerita...

Hari ni tekak tak tau kenapa nak makan nasi goreng pulak kan.
Mengidam tetiba. (Utk diri sendiri)

Dah tu aku pun bukak lah peti ais tgk apa yang boleh dimasak. 
Tetiba eh tetiba.
Macam keajaiban aku gi masuk dapur hari ni utk 
memasak.

Tuppp2... 
Bukak peti ais, nampak SOTONG! 
Sotong yg sebenar2nya ya...

Dah, apa lagi, terus aku cedok beras, masak nasik.
Kat dapur takde nasik, ada bubur je, xkan aku nak wat bubur goreng pulak kan?

Itu pun byk tnya mak nak tanak nasik bebetui guna dapur gas.
Hurmmm, nampak lah di situ betapa tak ghetinya aku!
Wuarrggghhh!
Malu wa...

Makin menebal malu wa bila mak sound,
"Eh, kata pelajar Sn. Makanan ada belajar masak2, ni masak nasik separuh manual pun tak pass..."
Ohhh, mak. -_-
Ni masak nasik versi semi-auto washing machine ke?

*kitorang sem depan baru masuk kitchen kot. 
2 sem terawal ni belajar teori je refresh balik2 teori sama.
Amali pun sekadar yg basic, xde masak betul2 kt dapur
Huh, nasiblah, aku pun pelik kdg2, seorang aku yg x gheti masak, sanggup korbankan diri amik course ni...
(Puiii, ayat! :P) 
Huahahaha.

Okey, aku pun apa lagi...
Dah start memandai sendiri ni kupas bawang.
(Nak guna ayat k*p*k tadi, baru ingt kt negeri lain, maksudnya lain)
Papp, satu biji bawang besar berjaya aku kupas.

Duk hiris2 pulak pastu. 
Duk sedap menghiris, ya ampunnnn...
Pijar amat mataku.
Meleleh air mata macam org nanges.

Sungguh mmg rasa nak nanges mcm org tgh sedih bebetui..
Pelik jugak aku, dulu rileks je potong2 bawang ni.
Sat lepas dah lama giler takde menolong di dapur lepas dh busy dgn kehidupan sebagai seorang pelajar.

Yelah, kat U dulu, nak makan, pi dapur order je terus siap.
Kat matrik pun sama.
Hampir 3 tahun hidup aku duk sedap makan kat kedai je.

Sekali-sekala balik baru rasa masakan dapur rumah.
Itu pun air tgn mak selalunya.
Diri sendiri?
Malehhh. 
Hihihi.

Balik kpd cerita aku & bawang tadi.
Pergghhh...
Pedih n piau punya perit dia meresap kat mata.
Yg tak boleh blahnya, dah duk potong2 b.besar n b.putih.
Baru aku teringat.
Mana bawang utk ditumbuk guna lesung?
Ahhh sudah!
Pelupa aku datang balik.
Mana ada masak nasik goreng guna bawang hiris je.
Mana sedappp..
Rencahnya aku lupa!!!
Astaga.

Zuppp...
Nasib baik bawang besar yg mmg dah dikupas oleh mak ada lagi separuh.
(Errkkkk... Bakunya ayat? Tak kisahlah.)
So, aku pun amik, campak je lah masuk lesung kecik tu.
Lepas tu kupas sebijik lagi bawang putih.
Masuk lagi dlm lesung kecik.
Masuk garam n ajinomoto pulak.
Garam banyak sikit.
Aji tu sikit je. Tak elok letak byk2. Sekadar 'geli2' je. Huhu.
Then, sesi menumbuk di lesung pun bermula...
*Sesi tangisan pun ikut serta.

Wuarrggghhh, mataku!
Boleh masuk lakonan air mata rasanya.
Semulajadi je dia duk keluaq.
Sungguh aku pelik.
Aku yg dulu bukanlah yg sekarang.
(Tetiba lagu Tegar tu terngiang-ngiang dlm kepala)
Dulu aku steady je kot ngadap bawang atau duduk dekat dgn org yg tgh kupas bawang ni.
Rilex n steady je aku yg dulu.

Tapi sekarang...
Macam yg aku cerita tadi.
Baru kupas n potong bawang besar seulas,
Pijar sokmo.
Menangis sokmo.
Itulah akibatnya bila tak selalu memasak. :P

Okay, takpelah, aku tak kisah.
Ni cuti 3 bulan dah start. So, kenalah rajin2kan diri ke dapur ya?
*Pesan kat diri sendiri.

Panjang sgt dah aku menyelekoh dgn bebelan aku kan?
Okay, aku pendekkan cerita.
Inilah hasil tangan orang yg bila masak semberono je.
Tangkap muat katanya :P

Nasi Goreng Sotong sudah siappp

Alhamdulillah... :)

Psssttt... Dah siap masak baru ingat, aku lupa lagi satu bahan, lada!
Hurmmm, -_-
Tuh yang lada cili duk sebijik kat tepi tuh. ^^

Resepi turun-temurun dari family, kau gigitlah lada tu! Huhuhu~

#Ct Roxalynna#

No comments:

Post a Comment

Dah baca post entry ni? Ace komen sikit.. ^^