Saturday, August 12, 2017

NOVEL | Jalinan Cinta Kita (Bab 1) --PB versi baru--

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka

Assalamualaikum WBT...

Seperti yang sudah lama Ct janjikan... Siapa yang masih ingat akan kisah Penghalang Bahagia yang pernah Ct kongsikan dulu di blog ini? Haha tak ingat tak apa. Bagi yang ingat, sekali lagi Ct nak inform...

Untuk makluman, cerita ini hampir 80 % diubah, beserta tajuk sekali Cik Ct ubah... Namun watak utama Zarifah Niyaz beserta watak-watak utama lain, seperti Fawwaz Izwan masih ada..

Cuma... kita UBAH jalan cerita kepada something yang lebih smooth dan bertepatan dengan genre cinta hehehe..

Segala yang baik datang dari Allah SWT.

Harap enjoy bacaan untuk manuskrip novel yang Ct bagi judul "Jalinan Cinta Kita" ini~^^

*******
kaver; kredit : Aeyfa Nasri

JALINAN CINTA KITA
BAB  1 : ZARIFAH NIYAZ & …
Kolej Matrikulasi Selangor,
Asrama perempuan, Polaris. 9 Jun 2012.
NIYAZ, kau dah ready?”
Tanpa salam, sahabatnya terus melulu masuk dan melontarkan soalan itu. Teguran Sania, rakan baiknya yang baru masuk ke dalam kamar hostelnya itu bagaikan angin lalu. Tidak dihiraukan.
“Ya Allah! Tak siap lagi kau? Dah mandi belum ni? Tadi aku ingatkan dah siap. Ya ya lah ingat kau dah siap masa ajak aku lunch tadi..” terus keluar bebelan tahap Sania yang sudah pun berada tepat di sebelah Zarifah Niyaz. Hanya gelengan demi gelengan daripada Niyaz yang Sania terima sebagai jawapan.
Terbuntang biji matanya apabila menyedari keadaan Zarifah Niyaz yang dah macam orang tak terurus. Hampir juga dia terjerit tadi bila melihatkan Niyaz yang sebegitu. Malah, kawan baiknya ini masih berteleku di meja belajar yang terkenal dipanggil mereka meja study itu.
“Kau dah janji nak pergi lunch sesama kan hari ni?” soal Sania lagi, masih tak berpuas hati nadanya. Niyaz pula tak memandangnya langsung.
“Tadi aku tak terfikir pulak masa buat ni, soalannya boleh susah giler macam ni,” ujar Niyaz, cuba membela diri.
“Kau ni kan…” mukadimah fire Sania sepertinya dah nak bermula.
“San…” panggil Niyaz, mendatar suaranya.
“Haaa?” mata Sania membulat.
Apabila dirasakan suara Niyaz berubah ‘terlebih serius’, Sania mulai berasa lain macam.
“Shhhh…” jari telunjuk Niyaz letakkan di bibir. Muka psiko dia tayangkan. Acah acah gertak. Senyuman sinis tu… Membuntang mata Sania. Gulp!
Ni aje cara nak suruh sahabatnya si Nuril Sania ini diam. Dia masih ada ‘urusan’ nak selesaikan. Selagi tak settle, selagi tu dia tak tenang!
Dah faham mukadimah, terdiam terus Sania. Keluar dah Niyaz yang ‘tegang’ bila menghadap soalan tutorial Fizik.
“Hurmmm, okay…” Sania yang hampa, melabuhkan duduk di atas katil tanpa dipelawa. Dah tabiatnya. Faham sangat Niyaz ni, selagi tak dapat jawapan tu dengan usaha sendiri, janganlah diganggu. Dia sendiri masih belum tahu juga jawapan bagi soalan nombor 5 tutorial Fizik itu.
Niyaz kembali fokus menghadap soalan. Hurmmmmm, Niyaz lah Niyaz…. Tadi beria ajak makan, ni dia sendiri buat aku tertunggu. Sania terus mengomel dalam hati.
Baru hampir seminggu mereka mulakan sesi pengajian semester ketiga. Agak tepu juga kepala di semester baru ini. Segala subjek Sains semakin mencabar. Maklumlah, dah di tahun kedua, merangkap tahun terakhir mereka sebagai pelajar Program Dua Tahun di sini. Tak boleh enjoy sangat sebagai pelajar matrikulasi, walaupun hari ini hari Sabtu. Hujung minggu, tiada kelas.
When it comes to study… It’s all about ourselves against time! Itu motto mereka berdua.
Tapi…
Terpaksa berlaparlah dia menunggu Niyaz bila selalu lari plan makan macam ni. Tak apalah, kawan baik kan. Setia bersamamu! Walah.
Sania mencapai telefon pintarnya, dipasang wayar fon telinga. Dengarkan lagu kegemarannya lagi bagus! Malas dia nak serabutkan fikiran dengan subjek Fizik pula.
Niyaz terus menconteng-conteng kertas garis satu bersaiz A4 itu, dah hampir setengah jam dia mengerah kepala dan keringat untuk mendapatkan jawapan. Namun….
“Argggghhhhhhhh! Stress!” pensil dicampakkan agak kuat ke atas kertas. Bergolek pen itu di atas meja. Lantang juga suara Niyaz. Sania terkejut! Hampir dia melatah. Mujur tak ada orang lain di bilik Niyaz ketika ini.
Sania menggeleng-gelengkan kepala. Lalu tersengih tak percaya melihatkan penampilan Niyaz. Rambut Niyaz yang ditocang sejemput ke depan, kelihatan bagai pokok kelapa di tepian pulau. Itulah, rambut pendek tapi bahagian depan cepat tumbuh tutup dahi, kan sendiri yang rimas! Gumam Sania lagi. Mujur di luar, Niyaz bertudung. Jadi tidaklah nampak ‘sisi’ pelik tapi comel Niyaz ni di luar.
Sempat Niyaz mengusutkan rambutnya lagi tadi. Tanda protes kat diri sendiri! Protes tak dapat jawapan! Hu hu… Bermacam jalan kerja dah dicubanya, masih tak mendapatkan jawapan yang sama seperti senarai jawapan yang tersedia di mukasurat belakang!
“Dah dah lah tu. Jom gi makan dulu. Baru otak tu ada tenaga nak fikir. Ni dengan muka serabai dah macam tenuk. Badan bau mashemmm, mana rezeki ilmu tu nak masuk…”
Sedar dirinya ditegur dalam perlian, Niyaz memuncungkan bibir. Tajam dia memandang Sania. Muka psiko tu ditayangkan, tapi sedikit pun Sania tak heran! Nasib baiklah kau kawan baik aku, San! Situasi acah acah tegang bertukar lucu.
Kriukkk.. Kriukkk… Tanda asid di perut sudah bergelodak. Perut hampir kosong!
“Lapar…” Niyaz menggosok perutnya. Heh!
“Mandi ya tuan puteri… Kalahkan aku kau ni bila lapar,” ujar Sania lantas mencampakkan lembut tuala oren yang baru diambilnya daripada penyangkut pakaian a.k.a hanger itu di locker ke muka Niyaz.
“Ya lah…” akhirnya Zarifah Niyaz mengalah. Dia mula mengambil toiletries miliknya yang dah dikumpul bersama-sama bakul barangan mandi ahli biliknya yang lain d bawah tingkap tengah ruangan, menuju ke bilik mandi.
Selang beberapa langkah baru sahaja dia melepasi pintu bilik, tak dapat dia sedari… telefonnya berdering dan lampu LED berkelip-kelip, tanda mesej masuk.
Sania yang terperasan, sempat mengerling akan telefon pintar Niyaz di atas meja study. Satu nama yang terpamer pada tetingkap notifikasi logo WhatsApp itu, amat dikenalinya. Berkerut dahinya.

Biar betul Niyaz ni? Dah berbaikkah mereka? 

Sania terus berteka-teki sendiri…
***********
Suasana Kafe Orion, kafe yang terletak antara dua buah bangunan asrama lelaki ini kelihatan tenang. Cukup mendamaikan bila ditambah angin sepoi-sepoi bahasa dan dia juga baru selesai menikmati hidangan makanan tengahhari. Panahan silauan cahaya matahari, dan perut yang kenyang, membuatkan matanya mulai memberat… Niyaz sudah mula memasuki fasa mamainya.
Namun… Mindanya masih menerawang memikirkan pesanan WhatsApp yang baru diterimanya hampir sejam yang lalu.
“Abang Fawwaz ada WhatsApp kau kan?”
Erk! Hampir tersembur air tebu ais kegemarannya yang sedang enak disedutnya. Ada kuasa psikik ke Sania ni? Macam mana boleh tahu apa yang dia tengah fikir?
Berair juga mata Zarifah Niyaz dalam menahan sedak.
Sania yang menyedari Niyaz hampir tersedak kerana soalan killernya itu, segera menggosok-gosok perlahan belakang tubuh Niyaz. Terbit perasaan bersalah melihatkan Niyaz begitu. Dia faham, Niyaz boleh menghadapi fasa bahaya kalau tersedak.
Keadaan panik seketika, namun berjaya dikawal.
Mujur, dapat dikawal akan tersedaknya itu. Kalau tak, mahu haru biru dan membahayakan juga bagi seorang yang pernah ada masalah lelangit terbelah hingga ke hidung sepertinya ini jika betul-betul tersedak! Mahu dua tiga hari baru hilang rasa sengal kat rongga hidung tu nanti!
Niyaz cuba mengawal riak wajahnya… Macam mana nak jawab? Terkedu juga dia apabila soalan yag diajukan itu perlu difikir jawapannya dengan bernas!
“Uhhuk! Uhhuk!” Niyaz terbatuk-batuk ‘palsu’. kali ni dah tak nampak tersedak dah.
Sania mencerlungkan matanya. Niyaz dengan janggalnya menghentikan ‘sandiwara’.
“Kau ni kan, San… Belum sempat lagi nasi dengan sayur aku makan tadi selamat turun kat perut, kau dah tanya soalan cepu gangsa.” omel Niyaz. Cuba mengelak dari menjawab.
“Alahhh, nasi kau tu rasanya dah selamat small intestines kau digest habis. Sayur tu pun dah selamat ke tahap nak jadi feces kut!” balas Sania.
Niyaz telan liur lalu tersengih. Itu dia Nuril Sania! Berlawan cakap dengan Sania, mesti keluar semua terma Biologi gamaknya! Dari anak mata Sania yang dah mencerlung tu…
“Kau ni asal isu Fawwaz je, susah betul kau nak cerita, walau dengan aku. Ceritalah apa Abang Fawwaz cakap kat kau? Aku ingatkan dia dah tak contact ‘sepupu kesayangan’ dia ni lagi…” sengaja Sania menekankan perkataan sepupu kesayangan itu kepada Niyaz.
Zarifah Niyaz mencebik lalu dia melilaukan pandangan ke arah sekeliling. Dia memang sensitif hendak menjawab isu ‘Abang Fawwaz’ ini. Lemah rasanya hatinya ini jika dibicarakan tentang ‘Abang Fawwaz’ di tempat umum, lebih-lebh lagi di sekitar tempat dia menuntut ilmu. Di kolej ini. Kisah peribadi, kalau boleh biarlah terlipat dalam simpanannya sendiri. Tak mahu orang lain tahu!
Sempat dia cuba mengenalpasti, takut ada wajah-wajah yang dikenali berhampiran. Tak ada. Kafe Orion tersangat lengang hari ini. Kerana kebanyakan pelajar sudah keluar outing ataupun masih dalam fasa pulang ke rumah keluarga masing-masing bagi mereka yang tinggal berdekatan atau masih dalam negeri Selangor.
Tak ramai orang, getus Zarifah Niyaz. Bolehlah cerita kut, desisnya lagi.
Tetapi… Baru dia tersedar…
Matanya sempat menangkap akan sosok pemuda berkulit cerah sedang ralit menjamu selera dalam jarak dua meja makan di belakangnya. Macam pernah nampak pemuda ni?  Tapi di mana ya?
Terus mindanya menerawang, cuba mengingatkan di mana dia pernah terjumpa pemuda itu? Berkerut dahi Zarifah Niyaz. Sania yang tak lekang memandangnya daripada tadi langsung tak dihiraukan.
“Oiii, termenung pulak dia aku tanya!” sentak Sania. Tangannya sudah selamat menepuk bahu Niyaz. Sebal! Di’batu’kan lagi dia.
Ugh, Niyaz!
Pandangan mata Niyaz yang mencuri-curi pandang pemuda itu, kini sudah pun selamat, bertembung anak mata satu sama lain.
Seukir senyuman menjadi tatapan matanya beberapa detik kemudian. Siapa dia pemuda ini? Dia pernah melihatnya sebelum ini… Tapi, ahhh, mindanya tak dapat mengingat!
Anak mata dilarikan. Tak mahu berpandangan lama-lama. Selain merasa malu tertangkap, dia sudah mulai berasa janggal! Takut juga dia andai dipandang lama-lama boleh jatuh kepada zina hati! Kerana… pemuda itu boleh tahan tampannya. He he…
Namun, hatinya berdetak bukan kerana itu. Serius? Di mana dia pernah terserempak dengan pemuda ini?
Dia terus berkerut sendiri. Tak menyedari… Selain Sania yang memandangnya, pemuda itu turut memandangnya sekilas lagi sekali.
Zarifah Niyaz, tak ingat ke kita pernah terjumpa tanpa sengaja?
Pemuda itu bermonolog sendiri dalam jedaan suapannya. Tatkala mata mulai dikalih daripada memandang gadis itu.


*tamat Bab 1*

Dah baca, jangan lupa komen ek?